suria

Uyaina Arshad terpaksa umum hamil kerana ramai tanya, ‘baby bump’ dah tak boleh sorok

Uyaina kongsi berita kehamilannya selepas menerima pertanyaan daripada peminat.

BERSYUKUR dan teruja bakal menimang cahaya mata pertama, pelakon Uyaina Arshad berkata, dia memilih untuk berkongsi berita kehamilannya selepas menerima banyak pertanyaan daripada peminat.

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad yang kini hamil tiga bulan memberitahu perkongsian itu juga dibuat disebabkan perutnya kini semakin membesar dan tidak dapat disorokkan lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina umum hamil anak pertama, teruja kali pertama sambut Ramadan sebagai isteri dan bakal ibu

Malah, pelakon berusia 30 tahun itu dan suaminya iaitu penyanyi Raja Syahiran turut mengharapkan doa daripada semua peminat mereka.

IMG_7724

Uyaina dan suami teruja bakal jadi ibu dan bapa.

"Sejujurnya saya rasa lain sebab sekarang ini pun dah masuk trimester kedua. Perasaan itu bercampur aduk, rasa bersyukur sangat dalam pada masa teruja juga.

"Kami berkongsi berita gembira itu pun sebab dah ramai orang bertanya. Mereka kata baby bump dah nampak ketara sangat. Jadi, kami ambil keputusan untuk beritahu secara umum.

"Alhamdulillah, ramai orang yang mendoakan, itu yang kami mahukan, doa daripada orang ramai," kata Uyaina kepada mStar.

Pada Sabtu lalu, pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu berkongsi mengenai dirinya kini sedang hamil anak pertama menerusi laman Instagram miliknya.

Kami berkongsi berita gembira itu pun sebab dah ramai orang bertanya

UYAINA ARSHAD

PELAKON

Uyaina juga berkongsi keadaan dirinya mengalami alahan yang sangat teruk.

Bagaimanapun Uyaina memberitahu keadaannya menjadi lebih tenang ketika bercuti bersama suami di Tukri baru-baru ini.

"Ya Allah, nak cakap fasal morning sickness ini, memang trimester pertama itu agak teruk. Saya alami muntah-muntah tanpa henti. Kalau makan, mesti muntah balik.

IMG_7726

Uyaina dan suami ketika bercuti di Turki.

"Selain itu, tak ada selera makan. Saya tak boleh nak buat apa-apa sebab badan tak larat. Banyak berehat saja di rumah. Bila dah masuk trimester kedua ini barulah rasa seperti sebelum hamil.

"Keadaan saya lebih tenang malah masa pergi bercuti di Tukri pun saya dapat berjalan-jalan dari pagi sampai ke petang. Cuma sampai saja Malaysia, baru ambil barang saya dah berlari cari tandas.

"Sebab tak tahan nak muntah, mungkin baby lebih suka dapat berjalan-jalan la kot. Bila balik Malaysia, jadi mual semula," ujarnya.

Untuk rekod, Uyaina melangsungkan pernikahan dengan Raja Syahiran di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada 20 Disember tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain