suria

Perut kini kecil dan cepat lapar... Aishah lalui cabaran berpuasa selepas pembedahan potong usus

Aishah akui berdepan cabaran untuk berpuasa disebabkan pernah lalui pembedahan pintasan usus.

KURANG aktif di media sosial kerana mahu fokus dalam bulan Ramadan, penyanyi Datuk Aishah mengakui dia berdepan dengan cabaran untuk berpuasa disebabkan pernah melalui pembedahan bariatrik.

Menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, dia hanya mampu makan dengan jumlah yang sedikit disebabkan keadaan perutnya yang kini sudah mengecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah berbadan besar, Aishah kecewa usahawan produk lantik duta perdaya pengguna - “Sebenarnya mereka kurus hasil pembedahan!”

Bagaimanapun, penyanyi berusia 57 tahun ini memberi masa selama tiga hingga empat hari pertama untuk badannya terbiasa dengan perubahan gaya pemakanannya.

Aishah 1

Aishah berkongsi perkara itu di Instagram.

"Sunyi seketika di media sosial, bukan apa, nak fokus pada ibadah berpuasa. Untuk mereka yang pernah melalui pembedahan bariatrik, berpuasa satu cabaran.

"Bila perut dah kecil, kita hanya boleh makan jumlah yang sedikit dalam satu waktu jadi kita juga akan cepat lapar. Saya beri masa untuk badan membiasakan diri dalam tiga hingga empat hari pertama.

"Saya kosongkan jadual kerja, tapi bila di rumah macam-macam juga yang nak dibuat. Memang hari-hari awal akan terasa cabaran berpuasa tetapi hari ini saya dah mula merasakan badan stabil berpuasa," katanya.

Aishah pernah menjalani pembedahan pintasan usus atau bariatrik sekitar 2018 dan dalam masa dua tahun dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 33 kilogram.

Saya juga pastikan walaupun saya tak makan banyak tapi apa yang saya makan berkhasiat.

AISHAH

PENYANYI

Dalam pada itu, Aishah memberitahu dia akan menyusun jadual mengikut masa yang sesuai agar dapat melakukan aktiviti seperti kemas rumah, cuci baju dan lain-lain kerja yang biasa dilakukannya.

"Yang penting ialah 'pacing' tenaga kita semasa berpuasa. Contohnya saya ni memang buat kerja kraf kena ada secawan kopi, bila puasa kepala tak boleh fokus.

"Jadi sekarang saya adjust waktu kraf saya awal hari... semasa kesan kopi yang saya minum waktu sahur masih terasa lagi. Sampai lepas zohor, energy level untuk fokus kurang jadi saya buat kerja-kerja lain yang kurang memerlukan fokus sangat.

Aishah 2

Aishah akan pastikan makanan yang dia makan berkhasiat.

"Dan kerana kesan Covid-19 masih ada sikit sebanyak, saya akan rehatkan diri selepas setiap aktiviti yg saya buat. Insya-Allah tak ada masalah berpuasa walau pernah menjalani pembedahan bariatik," ujarnya.

Sementara itu, Aishah akan memastikan mengaturkan cara pemakanan yang diambil berkualiti dan berkhasiat sepanjang berpuasa.

"Kita hanya perlu kenal diri kita dan keperluan kita. Kita buat dia, kita boleh 'adjust accordingly'. Saya juga pastikan walaupun saya tak makan banyak tapi apa yang saya makan berkhasiat.

"Kualiti makanan penting. Pada rakan-rakan bariatrik, jangan stress sangat fasal puasa ni. Badan kita ni sangat 'adaptable' Insya-Allah," katanya.

Untuk rekod, Aishah sebelum ini mengakui menjalani pembedahan bariatrik atau pintasan usus sekitar tahun 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain