TINDAKAN Eyka Farhana memuat naik gambar seksi pada bulan Ramadan ditegur netizen yang menganggap aktres itu tidak menghormati bulan mulia ini. Bagaimanapun Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, yang dihubungi mStar menjelaskan gambar tersebut diambil sebelum Ramadan. ARTIKEL BERKAITAN: Imej semakin seksi, Eyka Farhana selesa jadi diri sendiri... Tidak pernah pakai baju nampak lurah ARTIKEL BERKAITAN: Tiada cara lain! Eyka Farhana terpaksa ‘cancel job’ di Indonesia - “Rugi tak dapat kembang bakat di negara jiran” Kata Eyka, dia terpaksa berkongsi gambar tersebut di laman sosial miliknya kerana ia berkaitan dengan komitmen kerja. "Gambar itu diambil sebelum bulan Ramadan dan saya perlu post sebab ia melibatkan kerja. Saya masih tahu untuk menjaga batas di bulan Ramadan,” ujarnya. Dalam pada itu, berkongsi pendiriannya tentang imej seksi, Eyka berkata, dia tidak mahu berpura-pura di sebalik pakaian hanya untuk mengikut kemahuan masyarakat. "Soal seksi ini terserah kepada pandangan seseorang itu. Kalau pakai t-shirt sekalipun mungkin ada yang anggap seksi. Eyka tak mahu berpura-pura memilih pakaian. "Dari dahulu lagi rasanya saya memang begini, biarlah peminat kenal siapa diri saya yang sebenarnya. "Saya tak mahu orang kata fake kerana melihat penampilan di media sosial berbeza dengan diri saya yang sebenar. Gambar itu diambil sebelum bulan Ramadan dan saya perlu post sebab ia melibatkan kerja. Saya masih tahu untuk menjaga batas di bulan Ramadan EYKA FARHANA PELAKON "Rasanya peminat saya juga sudah mula kenal dan menerima diri saya seperti ini," jelasnya. Sebelum ini, perkongsian Eyka memakai dress berwarna hitam yang menampakkan lengan dan ketiak serta paha mengundang kecaman netizen. Rata-rata netizen menegur penampilan itu yang dikatakan kurang seusai untuk dikongsi pada bulan Ramadan. “Bulan puasa ni postlah gambar elok sikit. “Awak ada pilihan nak gambar dedah aurat atau tutup aurat. Bila kena kecam awak salahkan hidayah, hidayah dah lama sampai tapi awak menolak. “Bulan puasa ni kak, post sopan sikit” tulis beberap netizen. Bergandingan dengan Aedy Ashraf dalam drama baharu Sedar dengan kecaman yang diterimanya, Eyka mengambil sikap terbuka dan memohon untuk terus mendoakan kebaikan buat dirinya. "Saya faham yang kecam itu mungkin mereka prihatin dan mahu saya berubah ke arah yang lebih baik. "Sama-sama kita doakan. Mana tahu suatu hari nanti akan menjadi lebih baik" ujarnya. Dalam perkembangan kerjaya, Eyka berkata, dia tidak mengambil terlalu banyak tawaran sepanjang bulan Ramadan kerana mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga. Selain itu, drama lakonannya berjudul Bila Hati Memilih Dia kini sedang ditayangkan di saluran TV3. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI