suria

Dituduh tiru BTS, Da Unknown kecil hati digelar kumpulan baru akil baligh... Muncul dengan identiti sendiri

Da Unknown dikecam gara-gara dikatakan ingin meniru kumpulan BTS.

KUMPULAN Da Unknown mengakui kurang senang dengan tuduhan netizen kononnya mereka meniru kumpulan Kpop terkenal dari Korea Selatan iaitu BTS.

Lebih menyakitkan hati apabila kumpulan dianggotai oleh lima jejaka muda ini turut digelar kumpulan baru akil baligh.

Mengakui terkesan dengan kritikan itu, Da Unknown yang dianggotai oleh Momo, Mary Haf, Izmeer, Ameer dan Zaq menegaskan mereka mempunyai identiti sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam tiru BTS... kumpulan adik Chubb-E, Unknown syukur kewujudan mereka disedari

"Ada orang cakap kami kumpulan baru akil baligh. Paling teruk, ada yang cakap kami perosak industri dan 'berkiblatkan' BTS memandangkan kami menampilkan lima jejaka sebagai ahli kumpulan.

"Kami akui terasa, siapa tak terasa bila dikritik sebegitu? Kami dah berusaha keluarkan lagu-lagu yang terbaik, tetapi orang beri kritikan yang menjatuhkan, ibarat usaha kami sia-sia.

Unknown 2

Da Unkown ada identiti sendiri.

"Mengenai BTS, kami tak tiru langsung pun. Kami mempunyai identiti sendiri. Semua kritikan netizen tidak kami jawab, kami hanya membiarkan sahaja!

"Kami akan cuba memperbaiki diri kami dan memberi kualiti kerja yang lebih baik di masa akan datang," kata Momo kepada mStar.

Semua kritikan netizen tidak kami jawab, kami hanya membiarkan sahaja.

MOMO

KUMPULAN DA UNKNOWN

Kumpulan Da Unknown ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama artis dibawah pengurusan Ace Talent dan majlis pelancaran lagu OoTD Raya di Grand Barakah Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Selain Da Unknown, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran Ruffedge, Chubb- E, Unknown, Moleque dan Azuein Alonto selaku Pengarah Urusan Ace Talents.

Unknown 1

Da Unknown dianggotai lima jejaka muda.

Dalam pada itu, Da Unknown turut mengakui lagu Jangan Marah (Baby Sayang) lebih dikenali berbanding diri mereka memandangkan ia tular di platform TikTok.

"Lagu terbabit viral di TikTok dan digunakan oleh ramai netizen. Alhamdulillah, kami anggap itu satu permulaan yang baik biarpun orang tidak mengenali kami lagi.

"Kami jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha kuat. Kini kami tampil dengan lagu Tersakiti dan mendapat respons baik.

"Kami juga menghadiri pelbagai kelas seperti kelas tarian, kelas vokal dan belajar cara bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang ramai untuk memantapkan lagi kumpulan kami," kata Haf pula.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain