suria

Adibah Noor syukur akhirnya dapat bayar hutang hasil wang menang GV8, masih kumpul duit untuk langsai semuanya

Adibah tunaikan hasrat untuk langsaikan hutang

PENYANYI Adibah Noor meluahkan rasa syukur apabila dapat membayar hutangnya menggunakan hasil wang kemenangan di program Gegar Vaganza 8 (GV8).

Menurut Adibah, 52, biarpun dalam nilai yang sedikit, namun sekurang-kurangnya dia berusaha untuk tunaikan hajatnya itu sekaligus meringankan beban sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah kemenangan RM20,000, Adibah Noor nak bayar hutang dan tebus barang kemas

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau penyanyi lain hancurkan lagu saya, pasti akak marah” - Adibah Noor akui tak hormat roh lagu Hetty Koes Endang

“Syukur dapat selesaikan hutang sikit-sikit,” ujarnya kepada mStar.

Penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini menduduki tempat keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.

adibah noor 12

Kerjaya seni Adibah kini semakin rancak

Hasrat Adibah untuk membayar hutang daripada wang hasil kemenangan itu disuarakan pada pentas akhir GV8, Januari lalu.

Sebelum ini, Adibah juga secara terbuka memberitahu dia pernah meminjam wang dari orang terdekat ketika berhadapan dengan kesukaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini.

Tetapi Alhamdulillah sekarang sudah boleh bekerja maka saya kumpulkan juga wang untuk selesaikannya

ADIBAH NOOR

PENYANYI

Biarpun jumlah tersebut tidak cukup untuk membayar semua hutangnya, namun Adibah yakin dapat mengumpul semula duit berikutan industri seni kini sudah kembali rancak.

“Wang kemenangan nombor empat dalam GV8 itu tidak cukup untuk saya langsaikan semua.

“Tetapi Alhamdulillah sekarang sudah boleh bekerja maka saya kumpulkan juga wang untuk selesaikannya.

“Sekarang industri dah dibuka jadi banyak tawaran untuk saya menyanyi, berlakon dan mengacara,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain