suria

Kongsi video anak menangis rindukan ayah, Sera hanya mahu Shuk jalankan tanggungjawab sebagai bapa

Rossa sebak mengharapkan anak-anak dapat tuntut hak dan kasih sayang mereka.

BERKONGSI video memperlihatkan anak bongsunya menangis rindukan Shuk Sahar, isteri pelawak itu iaitu Sera berkata, dia tidak pernah memutuskan hubungan anak-anaknya dengan bapa mereka.

Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Assahaferah berharap Shuk menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak mereka iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video dipujuk rayu... Isteri Shuk Sahar nak buka ‘buku baru’, minta doakan kehidupan baharunya dengan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuk Sahar muncul di mahkamah sebab mahu selesai secara baik

Status rumah tangga masih menjadi tanda tanya, Sera memberitahu dia enggan memikirkan soal cinta kerana fokus utamanya hanya ingin menuntut hak anak-anak.

"Hubungan mereka tetap sama, sebagai bapa dan anak kandung. Air yang dicincang tak akan putus. Saya harap dia dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada Aimi dan Ain.

Sera 1

Sera berharap Shuk jalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak mereka.

"Sekarang ini, saya bukan nak mengejar cinta tapi lebih kepada nak menuntut hak anak-anak saya," kata Sera ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Sera muat naik video di TikTok dengan kapsyen memberi bayangan dia kini menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya yang sepatutnya dijalankan oleh Shuk.

Menerusi video itu, kelihatan anak bongsu Shuk sedang menangis sambil mengeluarkan kata-kata dalam keadaan menyayat hati disambil tenangkan Sera.

Masih mengunci mulut mengenai rumah tangganya, Sera bersyukur dapat menyara dua orang anaknya dengan rezeki daripada membuat ulasan di IG dan menjadi model serta wajah untuk produk Inayah Beauty.

"Alhamdulillah... rezeki saya semakin luas sejak saya fokus kepada anak-anak. Saya mengharapkan pendapatan dari buat review, model dan face off @inayahbeautyhq.

Saya harap dia dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada Aimi dan Ain.

ROSSA SERA

ISTERI SHUK SAHAR

"Lagi-lagi waktu nak raya, banyak persiapan yang kena saya buat. Menjadi wajah untuk produk Inayah Beauty antara salah satu penyumbang saya untuk meneruskan kehidupan.

"Bukan sahaja berjaya melangsingkan badan dari XXL hingga S, tapi merupakan salah satu pendapatan terbesar saya dan anak-anak. Jadi mampu la saya untuk sara anak-anak," ujarnya.

Sementara itu, Sera mengakui enggan mengambil pusing tentang komen negatif kerana banyak lagi kata-kata semangat yang diberikannya.

Mengharapkan netizen terus mendoakannya, Sera turut menitipkan pesanan buat wanita yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan suaminya iaitu Farah Salleh.

"Sejujurnya saya tak ambil yang negatif. Saya hanya ambil komen-komen yang positif. Saya sangat tersentuh dengan kata-kata semangat yang diberikan oleh mereka.

Sera 2

Sera bersyukur dapat tampung kehidupan bersama anak-anak.

"Saya rasa masih dihargai walaupun saya tidak mengenali followers saya dengan rapat. Apa-apa pun, doakan saya dimurahkan rezeki untuk cari rezeki buat anak-anak.

"Buat wanita itu, selamat berbahagia atas derita orang lain," kata Sera.

Pada 18 Mac lalu, Sera hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta sekali gus mengundang pelbagai persoalan tentang status rumah tangganya dengan Shuk.

Keretakan rumah tangga pasangan tersebut berlaku selepas berkali-kali Shuk didakwa berlaku curang terhadap isterinya terutama dengan seorang wanita bernama Farah Salleh.

Untuk rekod, Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkahwin dengan Sera pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain