MENERIMA tawaran untuk sertai program realiti Gegar Vaganza (GV) sejak musim pertama, kumpulan Ruffedge memilih untuk memberikan peluang tersebut kepada penyanyi yang lebih layak. Menurut anggota Ruffedge iaitu Azan, mereka tidak memerlukan platform tersebut memandangkan masih mempunyai kumpulan peminat yang kuat sekiranya ingin membuat kemunculan semula. ARTIKEL BERKAITAN: Ruffedge sibuk atur strategi, cari bakat baharu di sekolah dan universiti ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 20 tahun baharulah ada kelab peminat - Ruffedge Tambah Azan atau nama sebenarnya Azanuddin Abdul Wahab, platform GV itu sesuai untuk penyanyi yang tidak mengetahui cara untuk membuat kemunculan semula. Dari kiri, Cat, Mode, Azan dan Zain. "Memang dari awal lagi kami dapat tawaran untuk sertai GV. Tapi sebab kami tahu GV ini platform untuk artis yang tak tahu nak buat come back macam mana. GV inilah peluang untuk mereka. "Alhamdulillah, kami masih boleh buat come back sebab ada sokongan peminat. Kami buat konsert pun tiada masalah... masih ada peminat beli tiket. Jadi, buat apa kami nak rebut orang lain punya peluang. "Lagipun GV ini pun banyak tolong artis lama. Jadi memang sesuai untuk orang yang nak come back tapi tak tahu nak buat macam mana," kata Azan kepada mStar. Alhamdulillah, kami masih boleh buat come back sebab ada sokongan peminat AZAN RUFFEDGE Azan ditemui ketika ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama artis di bawah pengurusan Ace Talent dan majlis pelancaran lagu OoTD Raya di Grand Barakah Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini. Selain Azan, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran Cat Ruffedge, Chubb-E, Da Unknown, Moleque dan Azuein Alonto selaku Pengarah Urusan Ace Talents. Dalam pada itu, Azan secara peribadi mengakui dia tidak gemar dengan konsep barisan juri mengkritik persembahan peserta GV dan pertukaran genre lagu. Ruffedge masih mempunyai peminat yang kuat. "Pertandingan itu stres dan saya pun tak suka konsep 'sekolahkan'... kritik macam sekolah tadika. Padahal orang ini dah terkenal dan tahu basic dah... tapi kita kat bawah ini (juri) nak ajar basic. "Bagi saya, macam salah sebab mereka artis lama. Kalau artis baharu nak sekolahkan tak apa la. Penjurian untuk persembahan sudah la. Macam nak memalukan orang lama. "Saya tak berapa suka juga dengan konsep tukar genre sebagai contoh, penyanyi rock disuruh nyanyian lagu dangdut," ujar Azan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI