suria

Syed Saddiq jumpa keluarga Yasin, kesal terlepas pandang mesej minta tolong di Facebook

Syed Saddiq sudah bertemu dengan keluarga Yasin Sulaiman.

AKHIRNYA Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengetahui mengapa namanya 'dipetik' komposer dan penyanyi nasyid Yasin Sulaiman ketika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja pada 31 Mac lalu.

Ujar Syed Saddiq, dia kesal apabila baharu menyedari bahawa penyanyi lagu Mimpi Laila itu pernah menulis mesej yang disifatkan sebagai 'cry for help' di Facebook pada Oktober lalu.

Sehubungan itu Syed Saddiq meluangkan masa mengadakan pertemuan dengan keluarga Yasin pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq bersuara, lulus penggunaan ganja bukan satu tugas mudah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Yasin pegang kertas putih, bersuara dalam kandang OKT... Risau jadi ‘crack’ dan gila

"Tadi saya sempat berjumpa dengan keluarga Yasin. Saya mohon maaf kepada saudara Yasin sebab terlepas pandang post saudara pada Oktober lalu.

Syed 1

Syed Saddiq berkongsi perkara itu di Instagram.

"Ia adalah suara meminta pertolongan bukan sahaja untuk Yasin tetapi untuk orang lain yang menderita dan memerlukan ganja perubatan sebagai rawatan.

"Tidak ada mak ayah yang nak tengok anak mereka sakit dan masuk penjara sebab cari rawatan. Ibu bapa hanya mahukan yang terbaik untuk kesihatan anak-anak," kata Syed menerusi Instagram pada Rabu.

Sebelum ini, nama Syed Saddiq dipetik oleh Yasin yang kini ditahan atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara.

Dalam pada itu, Syed Saddiq memberitahu ibunya juga merayu agar dia membantu Yasin yang dianggap layak menerima rawatan untuk kesihatannya.

"Mama saya pun merayu, mohon bantu saudara Yasin. Saya ada jumpa mak ayah yang terpaksa beli Cannabidiol atau CBD dari luar negara untuk anak-anak mereka. Doktor-doktor pun ada cuba bantu dapatkan CBD untuk pesakit.

"Mereka layak untuk mendapatkan perubatan untuk kesihatan mereka. Perkara ini melibatkan hidup dan mati," ujarnya,

Tidak ada mak ayah yang nak tengok anak mereka sakit dan masuk penjara sebab cari rawatan.

SYED SADDIQ

AHLI PARLIMEN

Sementara itu, Syed Saddiq turut memberitahu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga sudah mengeluarkan kanabis atau ganja dari senarai narkotik.

"Saudara Yasin yang kita kenal ini baru satu, tapi ada banyak lagi Yasin yang kita tak kenal mungkin dah dihukum dan tidak mendapat rawatan yang betul. Undang-undang pengharaman perubatan kanabis dah lapuk.

"WHO sendiri dah keluarkan kanabis dari senarai narkotik. Realitinya, bila cakap mengenai rokok, rokok membunuh lapan juta orang setiap tahun, di Malaysia sahaja 27,000.

"Alkohol pula tiga juta kematian setiap tahun. Tapi bila bercakap hal kanabis untuk perubatan, tiba-tiba ia menjadi satu taboo dan tindakan hukuman undang-undang dikenakan. Ingat, pesakit bukan penjenayah!" tegasnya.

Syed 2

Yasin didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja.

Untuk rekod, Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium pada 24 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Menerusi laporan mStar, bagaimanapun tiada pengakuan direkod daripada tertuduh kerana kes itu terletak di bawah kuasa Mahkamah Tinggi.

Dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Norshila Kamaruddin, Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah merah yang mana daripadanya Kanabis (ganja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain