suria

[VIDEO] Tahniah! Ariff Bahran bakal jadi ayah, isteri kini hamil 6 bulan

Bahran teruja bakal jadi bapa.

TUJUH bulan mendirikan rumahtangga, penyanyi Ariff Bahran berkongsi berita gembira apabila bergelar bapa tidak lama lagi.

Menurut Bahran, kandungan isterinya Amirah Syazwani Ridzwan kini sudah mencecah enam bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima hari positif Covid-19, Ariff Bahran cuak paras oksigen tiba-tiba menurun

ARTIKEL BERKAITAN: Ariff Bahran kenal isteri ketika terlibat program masakan, ada sebab rahsiakan perkahwinan

"Saya menunggu waktu terbaik untuk kongsikan berita gembira ini kepada rakan-rakan.

"Alhamdulillah... jika ada rezeki dan tiada aral melintang, saya akan menjadi seorang ayah," ujarnya.

bahran 22

Bahran dan isteri bakal timang cahaya mata pertama.

Dalam masa sama, Bahran turut meluahkan rasa teruja dan gementar untuk menyambut kelahiran anak sulungnya yang dijangka lahir Julai depan.

Dia juga bersyukur, isterinya tidak mengalami sebarang alahan atau masalah kesihatan sepanjang kehamilan.

"Agak gementar dan teruja dalam masa yang sama.

"Sekarang sudah di hujung trimester kedua. Tiada alahan, tiada morning sickness. Semoga urusan isteri dipermudahkan," jelasnya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 3 September tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain