suria

Terlalu sibuk bekerja, ada masa Fasha Sandha rasa penat berlakon... Enggan tolak rezeki anak-anak

Fasha antara pelakon versatil dan kekal relavan dalam industri.

KEMUNCULAN pelakon baharu tidak menggugat nama pelakon Fasha Sandha apabila dia terus menjadi pilihan memegang watak utama drama televisyen.

Bersyukur masih relevan dalam industri, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 38, mengakui ada ketika dirinya berasa penat dengan tanggungjawab yang diberikan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Disiplin dan komitmen yang tinggi buat Fasha Sandha jadi pilihan syarikat produksi

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha tak sanggup amal diet keterlaluan, bimbang susu badan kering

"Terlalu banyak bekerja memang ada ketika saya rasa penat dan perlu berehat.

"Bagaimanapun apabila menerima satu karya yang bagus, saya rasa rugi nak tolak. Apa lagi jika penerbit dan pengarah sendiri yang memberi kepercayaan penuh untuk saya bawakan sesuatu watak.

"Saya anggap ini semua adalah rezeki anak-anak. Biarlah saya bekerja keras dahulu dan menyimpan untuk masa depan. Satu masa nanti saya boleh berehat," katanya kepada mStar.

fasha 4

Fasha terus menerima tawaran kerana watak yang sukar ditolak

Fasha ditemui ketika sidang media drama Khilaf Asmara yang diadakan secara maya pada Selasa.

Sering diberi tanggungjawab menggalas watak yang perlu bermain dengan emosi, Fasha mengakui ia bukanlah tugas yang mudah.

Bagi mengekalkan profesionalisme kerja, Fasha memberitahu dia berbincang dengan teliti bersama pengarah dan pelakon gandingannya sebelum menjayakan sesuatu watak.

"Bukan senang hendak berlakon dalam satu watak yang banyak bermain dengan emosi.

Saya anggap ini semua adalah rezeki anak-anak

FASHA SANDHA

PELAKON

"Menjadi tanggungjawab seorang pelakon itu supaya menghidupkan sesuatu watak. Jadi saya banyak berbincang dengn pengarah dan juga pelakon lain supaya babak tersebut nampak real," jelasnya,

Bercakap tentang drama Khilaf Asmara, Fasha berkata dia sudah bersedia jika watak Hanim yang dilakonkan olehnya menerima kecaman penonton apabila ia mula ditayangkan pada 18 April nanti.

fasha 3

Bergandingan dengan Fattah dan Nelydia dalam Khilaf Asmara

"Apabila saya terima dan baca skrip drama ini, saya tahu ia bakal dikecam oleh penonton. Tetapi saya tidak ambil peduli kerana mahu memberi yang terbaik buat penonton.

"Penonton perlu melihat drama ini dari sudut yang berbeza. Cerita ini banyak memberi input dan pengajaran kepada semua," ujarnya.

Selain Fasha, drama ini turut dibintangi oleh pelakon Nelydia Senrose, Fattah Amin dan Fahrin Ahmad.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain