suria

Tauke Jambu, 4 rakan mengaku tidak bersalah atas tuduhan miliki dadah jenis ketamin

Tauke mengaku tidak bersalah atas pertuduhan miliki dadah jenis ketamin.

DIDAKWA atas pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin, pelawak Tauke Jambu dan empat rakannya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa.

Selain Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri, 46, empat rakannya iaitu Muhamad Azman Johar, 28, Brandon Cheong Kai Szern, 25, serta dua wanita, Salimah Nasuha Gusti Hassan, 29 dan Lee Kim Yoon, 44.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tauke Jambu dakwa hanya bawa petai, rambutan dan hantar adik angkat... tiada peralatan seks - “Cukuplah setakat ni dunia hiburan”

Mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah berbahaya jenis ketamin dengan berat bersih 0.37 gram, di 15-01 Menara Up, Jalan Puchong di sini, pada 2.40 pagi, 10 April lalu.

tauke 1

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM3,700.

Pendakwaan adalah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit mencadangkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Tauke yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan pendapatannya terjejas dan ini adalah kesalahan pertamanya.

Manakala, empat tertuduh lain turut merayu jaminan rendah.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,700 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Jun depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain