suria

Anak Feeya Iskandar masuk hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru... Alami batuk teruk, pernafasan laju

Keadaan Zidane kini semakin stabil.

ANAK ketiga penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar iaitu Muhammad Zidane dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Selangor pada Selasa akibat jangkitan kuman pada bahagian paru-paru.

Menurut Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah, 33, anak lelakinya yang kini berusia setahun itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami batuk sejak dua minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cari nama paling sesuai, akhirnya Feeya Iskandar pilih Muhammad Zidane untuk anak ketiga - “Suami saya pun memang minat bola”

ARTIKEL BERKAITAN: Feeya Iskandar dapat anak lelaki lagi, bersalin ditemani suami - “Nombor tiga ni lain macam sikit keluar sampai kena vakum”

"Mulanya kami ingatkan hanya batuk biasa, maklumlah anak kecil sensitif dengan persekitaran.

"Semalam (Selasa) ketika mahu menghantar anak ke pengasuh suami melihat pernafasan anak laju dan dadanya berombak tidak seperti biasa, jadi dia terus dibawa ke pusat perubatan.

"Menurut doktor ada kuman pada bahagian paru-paru dan perlu pemantauan dan sebab itu kena tahan wad," katanya ketika dihubungi mStar.

cik piah 2

Feeya bersama tiga orang anaknya

Sementara itu, Penyampai segmen Gaya Suria ini memberitahu keadaan Zidane kini semakin stabil selepas diberi nebulizer dan antibiotik.

Meskipun sudah biasa berhadapan dengan situasi anak dimasukkan ke hospital, namun ini merupakan kali pertama buat Zidane.

"Ketika awal menerima rawatan risau juga dengan keadaan Zidane kerana ada masa oksigennya turun. Syukur dia semakin pulih selepas menerima rawatan.

Sebagai ibu kena kuatkan fizikal dan mental apabila berhadapan dengan situasi begini

FEEYA ISKANDAR

PENYAMPAI RADIO

"Semua anak saya ada pengalaman menerima rawatan di pusat perubatan. Zidane tidak pernah demam teruk dan inilah kali pertama dia ditahan wad.

"Sebagai ibu kena kuatkan fizikal dan mental apabila berhadapan dengan situasi begini," ujarnya.

cik piah 3

Feeya dan suami

Dalam masa sama Feeya turut berkongsi nasihat kepada semua ibu bapa agar sentiasa memantau kesihatan anak kecil memandangkan mereka kini terdedah dengan persekitaran yang tidak bersih.

"Ini adalah dugaan dan cabaran menjaga anak kecil. Walau kita cuba sebaik mungkin, ada masa terkena juga jangkitan sebegini.

"Jadi sebagai ibu bapa jangan ambil mudah kesihatan anak dan segera dapat rawatan jika anak sakit," jelasnya.

Feeya mendirikan rumah tangga dengan Nurashid Abd Wahab pada 6 Mei 2015.

Selain Zidane mereka turut mempunyai dua orang cahaya mata lain iaitu Adam Malique, 4, dan Nuh Arryan, 3.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain