suria

Nelydia Senrose teliti tawaran elak watak sama, tak beri impak

Imej baharu bukan batasan untuk terima tawaran berlakon.

PENAMPILAN baharu dengan imej bertudung tidak menjadi alasan pelakon Nelydia Senrose meletakkan batasan dalam memilih tawaran bekerja.

Bagi Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 27, dia terbuka untuk menerima mana-mana watak selagi ia tidak keterlaluan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nelydia Senrose bimbang hati bolak-balik, mahu jadi muslimah lebih baik

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan berkurung, Nelydia Senrose seronok dapat berlakon semula - “Banyak benda nak kena polish sebab dah selesa duduk rumah”

"Walau sebelum bertudung pun saya sentiasa terbuka untuk terima melakukan sesuatu yang baharu.

"Sekarang ini saya tidak meletakkan sebarang limitasi dalam tawaran berlakon selagi ia tidak melanggar batas atau keterlaluan," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini berkata, dia tidak mahu melakonkan watak yang sama dan memilih sesuatu yang mampu memberi impak kepada penonton.

nelydia 3

Nelydia bersama Fasha dan Fahrin dalam drama Khilaf Asmara

"Apabila usia semakin meningkat, kalau boleh saya tidak mahu hanya melakonkan watak sama sahaja.

"Bukanlah bermaksud terlalu memilih, cuma jika menerima sesuatu tawaran itu saya akan teliti dahulu agak watak yang diberikan boleh memberi impak kepada penonton,"jelasnya.

Nelydia ditemui ketika sidang media drama terbaharunya berjudul Khilaf Asmara yang berlangsung secara atas talian pada Selasa.

Walau sebelum bertudung pun saya sentiasa terbuka untuk terima melakukan sesuatu yang baharu

NELYDIA SENROSE

PELAKON

Bergandingan dengan Fasha Sandha dalam drama ini menjadi satu pengalaman sangat berharga buat Nelydia.

"Sejak kecil lagi saya menonton lakonan Fasha dan sehingga kini dia masih relevan. Itu adalah satu kejayaan besar sebagai seorang pelakon.

"Gementar juga hendak bekerja sama, namun dia banyak berkongsi ilmu agar babak kami berdua berjaya dihidupkan.

"Satu pengalaman berharga apabila diberi peluang berlakon dengan Fasha,"ujarnya.

Drama yang bakal memulakan siaran pada 18 April ini turut menampilkan pelakon Fattah Amin dan Fahrin Ahmad.

Artikel Lain