suria

Gara-gara batu bentuk segi tiga dalam MV, Fieya Julia dituduh pengikut illuminati... Sampai ke situ netizen fikir!

Fieya dituduh sertai Illuminati gara-gara terdapat babak bentuk tiga segi dengan mata satu.

GARA-GARA terdapat babak memperlihatkan bentuk tiga segi dan mata satu dalam muzik video (MV) Mahligaimu Dari Airmataku, penyanyi Fieya Julia dituduh mengamalkan unsur Illuminati.

Terkejut dengan tuduhan tersebut, Fieya atau nama sebenarnya Nur Syafiyah Sejali mengakui dia tidak menyedari bentuk tiga segi tersebut terdapat dalam MV nyanyiannya bersama penyanyi Luqman Faiz.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat ‘offer’ jadi mak janda, Fieya Julia tolak watak pelik-pelik - “Saya masih muda... kalau boleh nak elak benda itu”

"Saya terkejut apabila baca komen tersebut sebab tak sangka netizen boleh berfikir sampai begitu sekali. Sejujurnya masa saya shooting MV itu pun saya tak perasan bentuk batu itu segi tiga.

Fieya 2

Fieya tidak perasan dinding berbentuk tiga segi.

"Bila orang komen, saya tengok balik barulah perasan rupa-rupanya batu itu bentuk tiga segi dan kebetulan pula ada babak mata saya kelihatan di tengah-tengah.

"Memang babak itu dibuat tanpa sengaja dan saya tegaskan ia tiada kena mengena dengan Illuminati. Saya sendiri tak pernah terfikir pun fasal Illuminati itu," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Fieya menerusi laman Instastory miliknya pada Jumaat memuat naik paparan skrin komen netizen yang menuduhnya menyertai pertubuhan Illuminati dengan menjual jiwa kepada syaitan.

Saya sendiri tak pernah terfikir pun fasal Illuminati itu.

FIEYA JULIA

PENYANYI

Netizen meninggalkan komen tersebut di MV lagu Mahligaimu Dari Airmataku nyanyian asal kumpulan Lestari yang dinyanyikan semula Fieya dan Luqman Faiz.

MV lagu tersebut kini menjadi trending nombor enam di saluran YouTube dan mendapat lebih 230,000 tontonan selepas dimuat naik pada 7 April lalu.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun ini berkata dia menganggap netizen yang meninggalkan komen mengaitkan unsur Illuminati terlalu kreatif sehingga mampu berfikiran sebegitu.

Fieya 1

Fieya dan Luqman Faiz merancang untuk keluarkan lagu duet bersama.

Menurut penyanyi lagu Perasaanku, dia tidak perlu lagi bekerja sekiranya sudah menyertai Illuminati yang merupakan pertubuhan rahsia ke arah pembentukan New World Order.

"Saya tak marah tapi lebih kepada rasa kelakar pula bila ada beberapa netizen komen kaitkan iluminati. Bagi saya, tak semestinya bentuk tiga segi itu lambang Illuminati.

"Segi tiga itu juga melambangkan semangat... jadi, pelik juga netizen sampai fikir ke situ. Kadang-kadang netizen ini terlalu kreatif.

"Kalau betul saya join Illuminati itu, sudah tentu sekarang ini saya dah kaya, tak perlu lagi saya kerja. Buat apa saya kerja kalau dah kaya kan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain