SELEPAS enam tahun akaun Twitter disekat oleh Yuna kerana terlanjur bergurau kasar, akhirnya seorang lelaki meluahkan rasa gembira kerana penyanyi itu sudah memaafkan tindakan yang dilakukan sebelum ini. Individu dikenali sebagai Akeem Sharyzal berkata Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai menyekat akaunnya itu sejak tahun 2016 kerana soalan serta jenaka yang ditujukan kepada penyanyi itu menerusi laman berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Lebih setahun di Malaysia... Yuna rancang kembali ke Amerika Syarikat - “Saya ingin lunaskan album yang belum selesai” Menyedari kesilapan yang dilakukan, Akeem memohon maaf kepada penyanyi lagu Crush itu kerana bersikap tidak matang ketika bertanyakan soalan. Jangan buat lagi! Tahniah atas perkahwinan anda. YUNA PENYANYI "Sampai aku dah kahwin, Yuna masih block aku. Entah-entah sampai aku tua. Tolong perasan saya Yuna. Saya minta maaf, masa itu saya masih budak-budak yang nakal dan tak pandai fikir dengan baik. "Sekarang saya dah insaf, kalau ada konsert Yuna, saya datang bawa isteri saya," tulis Akeem menerusi Twitter. Pada tahun 2016, Yuna menyekat akaun seorang pengguna Twitter yang bertanyakan soalan sama ada dia takutkan lipas atau tidak. Bagaimanapun jawapan balas yang diberikan lelaki itu mengundang rasa kurang senang Yuna. "Yuna takut lipas tak?," tanya Akeem. "Takut," jawab Yuna. Individu tersebut berkongsi perkara itu di Twitter. "Saya tak takut sebab saya lagi takut Allah," balas Akeem lagi. Gara-gara gurauan itu, Yuna bertindak menyekat akaun berkenaan selama enam tahun dan dibuka semula pada Jumaat. Dalam pada itu, Yuna turut meninggalkan pesanan kepada Akeem supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama selain mengucapkan tahniah atas perkahwinannya. "Jangan buat lagi! Tahniah atas perkahwinan anda," tulis Yuna. Perkongsian individu tersebut menerima lebih 8,000 retweets dan 25,000 tanda suka. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI