suria

Ika Nabella tegur netizen ‘body shaming’ Siti Bainun, minta jaga hati orang berbadan besar… Penampilan tiada kaitan dengan perbuatan

Ika berharap netizen berhenti menggunakan sentimen 'body shaming' terhadap Siti Bainun biarpun terlalu marah dengan perbuatan wanita itu.

TINDAKAN segelintir netizen menulis komen menghina dan mengutuk saiz badan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun menarik perhatian pelakon Ika Nabella.

Memberi teguran secara umum, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim berkata penampilan seseorang itu tidak mempunyai kaitan dengan perbuatan yang dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam pertahan foto ‘mini love’ dengan Siti Bainun, tak langgar etika guaman... Buat ‘thread’ Twitter pun tak salah!

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal sebumbung tapi terpisah... Ika Nabella sebak anak ketuk bilik pukul 6 pagi, lawan emosi sepanjang kuarantin

Katanya, komen melibatkan bentuk badan itu juga boleh membuatkan orang lain yang bersaiz besar juga akan tersinggung membaca hinaan tersebut.

Ika 2

Ika berkongsi pendapatnya di Instagram.

"Guys, bila anda terlalu marah dekat Bainun, tolong jangan point out penampilan dia. Ia menunjukkan betapa rendahnya mentaliti anda. Jangan tersinggung tau, saya tegur secara umum ini.

"Sebab yang jahat itu dia, bukan saiz badan dia dan bayangkan orang lain bersaiz seperti Bainun baca apa mereka rasa? Tak boleh fikir sesuatu yang baikkan?

"Mereka akan rasa teruk dalam keadaan saiz itu padahal tak minta pun hidup saiz begitu," katanya.

Pelakon berusia 33 tahun itu berkongsi pandangannya menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu dan rata-ratanya bersetuju dengan luahannya itu.

Ia menunjukkan betapa rendahnya mentaliti anda.

IKA NABELLA

PELAKON

Hangat di media sosial apabila netizen memperkatakan mengenai kes perbicaraan Siti Bainun yang dituduh mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella.

Ramai meluahkan rasa berang dengan perbuatan Siti Bainun terhadap Bella sehingga ada segelintir daripada mereka mengutuk fizikal pengasas Rumah Bonda tersebut.

Dalam pada itu, Ika turut berpendapat isu 'body shaming' juga boleh mendorong seseorang itu bertindak melakukan perkara tidak baik seperti membuli.

"Pernah tak anda fikir penyebab body shaming kepada individu tertentu? Mungkin apa yang terjadi kepada Bella salah satu daripadanya.

Ika 1

Ika beri teguran secara umum.

"Orang yang tak kuat imannya akan cari seseorang yang lebih lemah (dalam fikirannya) untuk lepaskan kemarahan. Ia nampak jelaskan. Saya kenal seseorang, kat sekolah baik sebab saya seorang kawan dia.

"Orang lain layan dia sangat teruk tapi bila pergi rumah dia, saya terkejut sebab dia sangat berbeza terutama kepada pembantu rumahnya. Kami berusia 11 tahun ketika itu.

"Sesetengah orang akan rasa tertekan bila orang body shaming dan mereka sudah tentu akan cari orang yang tak ada kuasa, atau lemah di mata mereka untuk rasa selamat," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain