suria

Seronok sambut Ramadan pertama sebagai suami, Haqiem Rusli masuk dapur memasak dengan isteri

Haqiem kongsi pengalaman berpuasa bersama isteri.

PERTAMA kali menyambut Ramadan sebagai suami, penyanyi Haqiem Rusli mengakui teruja kerana dapat menunaikan ibadah puasa bersama isteri tercinta iaitu Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Menurut Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, dia melalui pengalaman cukup berbeza kerana kali ini dia berpeluang berbuka puasa bersama keluarga dan juga mentuanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Haqiem Rusli disangka hamil gara-gara gurauan ‘anak coming soon’... Janji kongsi berita gembira apabila tiba waktu

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Penjelasan Haqiem Rusli rancangan tangguh dapat anak, masih buat ‘research’ cara-cara jadi suami yang baik

Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 23 tahun itu juga berkata dia seronok kerana dapat meluangkan masa bersama isteri dengan melakukan aktiviti memasak.

Jika malas masak dan sebagainya, makan di luar saja.

HAQIEM RUSLY

PENYANYI

"Pengalaman menyambut bulan Ramadan selepas bergelar suami adalah satu perasaan luar biasa dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apa yang saya alami ini membuatkan rasa sangat bahagia.

"Dahulu saya berbuka dengan keluarga, namun kini pengalaman itu dilalui dengan isteri pula. Malah, kami juga turut mengambil peluang ini untuk berbuka bersama keluarga masing-masing.

"Ada kalanya saya memasak, ada masanya isteri dan ada ketikanya kami memasak sama-sama. Jika malas masak, kita makan di luar sahajalah. Puasa sebagai suami memang berbeza berbanding ketika bujang dulu," katanya kepada mStar.

Haqiem 1

Haqiem dan isteri ketika berada di Cameron Highland.

Untuk rekod, Haqiem yang popular menerusi lagu Mimpi itu mendirikan rumah tangga dengan Anis Sofea, 20, pada 19 November tahun lalu.

Haqiem dan Sofea mula menjalin hubungan cinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan dan mula rapat ketika bersama-sama menguruskan perniagaan restoran milik mereka.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Haqiem memberitahu dia baru selesai menjalani muzik video single terbarunya yang berjudul Aku, Hati dan Perasaan.

"Saya baru selesai menjalani penggambaran muzik video di Cameron Highlands, Pahang. Single berkenaan dijangka dilancarkan dalam tahun ini juga," kata Haqiem.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain