suria

[VIDEO] Status rumah tangga masih tergantung, Shuk Sahar jawab spekulasi sudah kahwin lagi... Mahu selesaikan satu persatu

KONFLIK rumah tangga Shuk Sahar masih belum berkesudahan apabila pelawak itu kali kini didakwa sudah berkahwin dengan kekasihnya iaitu Fara Salleh.

Tampil menjelaskan dakwaan tersebut, Shuk, 36, berkata, dia perlu menyelesaikan hal rumah tangganya dahulu jika mahu berkahwin lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuk Sahar muncul di mahkamah sebab mahu selesai secara baik

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video anak menangis rindukan ayah, Sera hanya mahu Shuk jalankan tanggungjawab sebagai bapa

"Belum berkahwin. Pada saya, kalau nak buat apa pun (kahwin lain) saya perlu selesaikan satu persatu isu yang ada dahulu. Hubungan saya dengan Sera pun tak tahu pengakhirannya macam mana.

Shuk menafikan dia sudah berkahwin dengan Fara.

Shuk masih belum berkahwin dengan Fara.

"Jadi, saya sedang aturkan yang terbaik. Bukan untuk kehidupan saya, tetapi untuk semua pihak, daripada semua sudut, keluarga dan anak-anak.

"Doakanlah yang terbaik sebab saya pun dah penat nak cakap itu dan ini," kata Shuk kepada mStar.

Pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar itu ditemui di gerai minuman Semooth sempena Fiesta Ramadan di Aeon Big, Seksyen 23, Shah Alam pada Ahad.

Sebelum ini, timbul dakwaan Shuk sudah berkahwin dengan Farah selepas wanita itu berkongsi video kemesraan mereka di TikTok.

Malah, isteri kepada Shuk juga pernah memuat naik video dia berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada Mac lalu yang menimbulkan spekulasi mengenai perceraian mereka.

Hubungan saya dengan Sera pun tak tahu pengakhirannya macam mana.

SHUK SAHAR

PELAWAK

Dalam pada itu, Shuk memberitahu dia sudah serik untuk memberi penjelasan setiap kali isu mengenai dirinya tular di media sosial.

"Bila saya cakap begini, orang kata saya nak berlakon jadi mangsa. Bila saya mengaku salah, orang kata saya bangga pula dengan kesalahan yang dibuat. Jadi saya nak jawab macam mana lagi?

"Itu sebab saya cuma minta semua orang doakan yang terbaik saja. Tapi pasal kahwin itu, memang betul saya belum berkahwin lagi. Kalau dah kahwin, saya akan jemput.

"Benda baik kenapa tak jemput. Tapi buat masa sekarang, saya punya perancangan hidup itu lebih kepada nak fokus bisnes. Tak fikir pun dasal hal lain," ujarnya.

Shuk 2

Shuk membuat panggilan video dengan anaknya.

Sementara itu, ditanya mengenai hubungannya dengan anak-anak, kata Shuk, dia tidak pernah melupakan kedua anaknya iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2 meskipun mereka kini berada di Sabah.

"Saya memang kisah tentang mereka. Saya pun ada berhubung cuma yela, masa saya dengan anak-anak memang kurang la sebab salah satunya mereka kini berada di Sabah.

"Kebanyakkan masa pun anak-anak dengan Sera. Dari segi kebajikan anak-anak memang Sera jaga anak-anak dengan cukup baik," ujarnya.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan dua anak perempuan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain