suria

Da’i Syed menangis gara-gara tertekan kes cabul... Warna rambut sebab nak ‘move on’, tak sanggup tengok wajah dulu!

Syed ubah personaliti untuk lari dri bayangan kisah lama.

ENGGAN memikirkan kisah lalu, pendakwah bebas Da'i Syed Iqmal membuat keputusan untuk mengubah penampilannya dengan mewarnakan rambut dan menyimpan jambang.

Bagi Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, perubahan tersebut memudahkan dia memulakan kehidupan baharu.

“Saya pernah duduk sendiri menangis dalam bilik disebabkan tekanan. Hati saya bagaikan sudah pecah disebabkan perkara yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed dinasihatkan cakap tak pandang kamera, pernah disihir melalui mata ketika buat live IG

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Setahun ‘dihantui’ tuduhan kes cabul dan seks luar tabii, Da’i Syed alami tekanan perasaan... Mengaku takut naik mahkamah Februari depan

“Menyimpan jambang dan mewarnakan rambut antara sebab untuk saya move on. Saya tukar personaliti dan karakter supaya tidak lagi melihat muka yang dahulu.

“Setiap hari saya berdoa dan lakukan lebih banyak amal kebajikan supaya Allah dapat membuang perasaan tekanan itu,” katanya kepada mStar.

WhatsApp Image 2022-04-20 at 11.42.30 AM (2)

Syed ketika hadir ke mahkamah sebelum ini.

Untuk rekod, Syed berdepan dengan pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta pada Oktober tahun lalu dan kes tersebut masih berjalan di mahkamah sehingga kini.

Saya tukar personaliti dan karakter supaya tidak lagi melihat muka yang dahulu

DA'I SYED

PENDAKWAH BEBAS

Dalam pada itu, Syed mengakui dia terpaksa bersabar dengan kecaman yang diterimanya.

Dia juga mengambil pendekatan untuk memaafkan sesiapa sahaja yang bercakap buruk tentang dirinya kerana tidak tahu akan perkara sebenar.

“Semua orang boleh bercakap tentang saya tetapi mereka tidak kenal saya secara peribadi. Jadi saya maafkan segala kecaman yang dilemparkan.

“Saya juga memohon maaf kepada sesiapa yang mungkin tergores hati dengan apa yang telah berlaku,” ujarnya.

WhatsApp Image 2022-04-20 at 11.42.30 AM (1)

Kolaborasi bersama Stavillion dengan jualan koleksi kurta miliknya.

Dalam perkembangan lain, Syed berkata dia kini sibuk dengan perniagaan pakaian dan sekali lagi berkolaborasi dengan hub fesyen Starvillion dengan menampilkan koleksi kurta terbaharu.

“Syukur dengan kerjasama dengan Stavillion dan saya amat senang hati diberi kesempatan ini.

“Istimewa koleksi tahun ini adalah saya sendiri yang memilih reka bentuk dan warna yang menggambarkan peribadi saya,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain