suria

[VIDEO] Syafiq Farhain akhirnya mengaku sudah kahwin! Sorok hari bahagia, tunggu sampai orang tanya

DESAS-DESUS mengatakan penyanyi Syafiq Farhain berkahwin secara rahsia akhirnya terjawab selepas dia tampil mendedahkan sudah bernikah dengan pengurusnya yang berasal dari Terengganu.

Ujar Syafiq, 28, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkara tersebut kepada umum sebaliknya akan memberitahu sekiranya ada yang bertanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa kahwin senyap-senyap, Syafiq Farhain malas layan gosip... Belum sedia kongsi hal peribadi

"Saya akui sudah berkahwin, sebenarnya tidak berniat untuk merahsiakannya daripada orang ramai... tapi kalau orang tanya, saya akan beritahu," katanya kepada mStar.

Ketika ditanya mengenai butiran lengkap perkahwinannya, dia bagaimanapun enggan berkongsi secara terperinci.

Saya akui sudah berkahwin, sebenarnya tidak berniat untuk merahsiakannya daripada orang ramai.

SYAFIQ FARHAIN

PENYANYI

Menurutnya, perkahwinan tersebut berlangsung semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Apa yang saya boleh katakan, memang saya sudah berkahwin semasa PKP lalu di Terengganu.

"Sebenarnya orang yang rapat dengan saya semua tahu cuma saya tidak menghebahkan perkara itu kepada umum. Tapi kalau ada orang tanya, saya jawablah," katanya.

SYAFIR RUSA

Syafiq ditemui ketika majlis berbuka puasa Rusa dan MVM.

Syafiq ditemui ketika majlis berbuka puasa Rusa dan MVM di Puchong, Selangor pada Khamis.

Ditanya sama ada dia enggan mendedahkan status dirinya kerana takut mengganggu kerjaya, Syafiq menafikan perkara tersebut.

"Bukan tak mahu dedahkan tapi saya rasa masanya belum sesuai sekarang. Mungkin bila dah tiba masanya, saya akan beritahu secara terperinci," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain