MASIH menjalinkan hubungan baik dengan bekas isteri, penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali bagaimanapun menolak dakwaan pernah merancang untuk rujuk semula. Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 33, memberitahu komunikasinya dengan bekas isteri iaitu pelakon Shakilla Khoriri lebih tertumpu kepada soal penjagaan anak tunggal mereka iaitu Ameena Sofia. "Saya dan Shakilla tidak ada masalah selepas berpisah. Kami selalu berbincang soal anak dan tidak pernah bermasam muka. ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi keluar dengan perempuan, Fizi Ali perjelas suara di sebalik video baca buku bersama anak ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali disangka derita selepas cerai, netizen tegur nampak kurus... Rupa-rupanya tujuh hari tahan sakit "Bagaimanapun perbincangan untuk kembali bersama tidak pernah berlaku. Saya pun tidak tahu apa yang terjadi dalam satu temubual Shakilla sebelum ini," katanya kepada mStar. Fizi diminta mengulas laporan sebuah portal berita mengatakan Shakilla mengeluarkan kenyataan mahu kembali bersama. Bercakap soal jodoh, Fizi tidak menolak jika bertemu dengan mana-mana wanita lain namun itu bukanlah perkara yang menjadi keutamaan dirinya buat masa ini. Mungkin kami tiada jodoh sebagai suami isteri tetapi takdir kami untuk membesarkan anak bersama FIZI ALI PENYAMPAI RADIO "Saya tak boleh nak tolak kalau jodoh datang bergolek. Jika ada orang baharu saya terima dengan hati terbuka. "Namun sekarang fokus saya adalah untuk anak dan kerja. Masa untuk diri sendiri pun tak cukup. Saya selesa dengan apa yang dilakukan," jelasnya. Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia, 3. Fizi bersama anaknya Ameena. Meskipun jodoh tidak panjang, Fizi berkata dia dan Shakilla bersepakat menjaga anak mereka. "Mungkin kami tiada jodoh sebagai suami isteri tetapi takdir kami untuk membesarkan anak bersama. "Saya harap semua dapat doakan kebaikan kami berdua," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI