IKATAN perkahwinan cuma bertahan selama tiga bulan, pelakon veteran Mak Wan Latah berkata dia reda dengan segala ketentuan yang telah berlaku. Enggan mengulas lanjut punca perpisahan itu, Mak Wan atau nama sebenrnyaa Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, berkata dia tidak mahu membuka aib mana-mana pihak dan menerima takdir yang sudah tertulis ini. "Saya tidak mahu menjawab kerana tak nak aibkan sesiapa. Saya tidak mahu aibkan keluarga di sebelah sana (bekas suami). ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bekas suami kongsi perasaan, ibarat episod hitam beristerikan pelakon Mak Wan ARTIKEL BERKAITAN: Mak Wan Latah nikah lagi, pindah ikut suami ke Kuala Pilah "Biarlah Allah sahaja yang menghukum dan tentukan segalanya," katanya. Mak Wan berkongsi luahan hatinya itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook pada malam Khamis. Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 berkahwin dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Saya juga bukanlah orang yang baik dan saya tidak mahu berakhir begini MAK WAN PELAKON Ikatan perkahwinan akhirnya terlerai apabila Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada pagi Khamis, 21 April. Bagaimanapun Mak Wan tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu. Mak Wan bersama keluarga bekas suami ketika majlis persandingan pada Januari lalu. Dalam pada itu, Mak Wan juga berharap supaya tiada mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan bercerita perkara tidak benar berhubung penceraiannya itu. "Saya juga bukanlah orang yang baik dan saya tidak mahu berakhir begini. "Allah sudah tetapkan ini hikmahnya buat saya," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI