suria

Gandingan dua menantu TokTi dalam drama ‘Bagaikan Raya’, Tya Ariffin akui gementar berlakon dengan Izara Aishah

Tya teruja dapat bekerjasama dengan Izara.

BUAT pertama kali, dua orang menantu kepada penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Izara Aishah dan Tya Ariffin bergandingan dalam sebuah drama pendek berjudul Bagaikan Raya.

Teruja dapat menjalinkan kerjasama, Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin mengakui pada awalnya berasa gementar kerana tidak menjangkakan akan berlakon dengan Izara.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video Fauziah Nawi tak nak berlakon dengan Tya Ariffin gara-gara isu bayaran, disangka ‘projek sekolah’ rupa-rupanya iklan produk!

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa dengan stesen TV, Izara Aishah mahu fokus berlakon filem

Meskipun sudah biasa bersama sebagai satu keluarga, Tya tetap menganggap Izara seorang pelakon yang hebat selain sangat mudah untuk bekerjasama.

Tya 2

Tya dan Izara dalam sebuah drama pendek.

"Saya teruja kerana ini kali pertama saya dan Izara bergandingan dalam sebuah drama... agak gementar sebab tak sangka boleh berada satu frame dengannya.

"Sebelum ini sebagai satu keluarga! Kami sudah biasa makan dan menghadiri acara bersama-sama. Bagi saya, Izara seorang pelakon yang hebat di Malaysia.

"Sangat senang bekerja dengannya, kalau tahu dari dahulu lagi nak berlakon bersama," kongsi Tya.

Drama pendek khas tersebut merupakan kempen raya Aidilfitri untuk jenama produk keluaran pelakon berasal dari Indonesia itu iaitu Mutyara.

Ini kali pertama kali saya berlakon dengan Tya.

IZARA AISHAH

PELAKON

Dalam pada itu, aktres berusia 27 tahun ini meluahkan rasa seronok dapat membawa watak sebagai orang utara buat kali pertama.

"Ini kali pertama saya berlakon sebagai orang utara dalam drama tersebut. Sebelum ini tiada yang menawarkan watak sebegitu. Biasanya saya hanya mendapat watak orang Indonesia sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Izara memberitahu dia tidak berasa janggal biarpun kali pertama bergandingan dengan Tya dalam sebuah naskah.

Tya 1

Izara selesa bekerjasama dengan Tya.

"Ini kali pertama kali saya berlakon dengan Tya. Alhamdulillah, tidak berasa janggal dan saya gembira mungkin sebab sudah biasa dengan dia. Semuanya berjalan dengan lancar.

"Sebenarnya, ini kali pertama juga saya melihat dia berlakon, dia seorang yang sangat teratur apabila bekerja," tutur Izara yang akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur pada tahun ini.

Drama pendek Bagaikan Raya diinspirasikan daripada kisah duka pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia dan kehilangan insan tersayang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain