suria

Zizi Kirana dikejarkan ke hospital kerana demam panas... Yusuf Bahrin panik tengok muka isteri pucat, menggigil badan!

Yusuf bergegas bawa Zizi ke hospital selepas melihat keadaan Zizi semakin teruk.

DISERANG demam panas, penyanyi Zizi Kirana dikejarkan ke unit rawatan kecemasan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada awal pagi Ahad.

Mengalami tekanan darah rendah dan jangkitan pada bahagian tekak, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil berkata suaminya yang juga merupakan pelakon iaitu Yusuf Bahrin antara individu yang panik melihat keadaannya ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat ‘request’ buat video mengaji, Zizi Kirana takut salah sebutan

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh hari di hospital, Zizi Kirana syukur suami 24 jam di sisi... doktor nasihat ‘bed rest’ sehingga sembuh

Menurut penyanyi berusia 37 tahun itu, Yusuf yang sedang menjalani penggambaran bergegas pulang ke rumah untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Zizi 2

Zizi bersama suaminya, Yusuf.

"Tiba-tiba pagi semalam saya alami demam panas... badan saya jadi menggigil. Tekak pula ada jangkitan dan darah rendah sebab tak cukup rehat.

"Yusuf paling panik, dah la ketika itu dia sedang menjalani penggambaran. Apabila dapat tahu keadaan saya semakin teruk, dia terus minta izin produksi untuk balik.

"Nasib baik pihak produksi memahami dan okay. Melihat wajah saya dah pucat, dia terus bawa ke hospital," kata Zizi ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Kesian juga la dia patah balik sana sini tengah malam buta.

ZIZI KIRANA

PENYANYI

Sebelum ini, pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku itu memuat naik foto keadaan isterinya sedang menerima rawatan di hospital menerusi Instastory miliknya.

Pada November tahun lalu, Zizi pernah dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengadu sakit perut kerana bekerja tanpa henti.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pijak ini mengakui dia berasa kasihan melihat suaminya sanggup berpatah balik dari lokasi penggambaran kerana bimbang dengan keadaan kesihatannya.

Zizi 1

Zizi kesian melihat suaminya berpatah balik ke lokasi penggambaran pada tengah malam.

"Selesai urusan di hospital, Yusuf sambung shooting dekat Subang Jaya. Kasihan juga la dia patah balik sana-sini ketika sudah tengah malam. Bila saya dah tidur, baru dia pergi kerja semula.

"Sekarang ini saya berehat di rumah sahaja sebab semalam doktor dah beri ubat tapi kalau keadaan hari ini masih tak okay juga, doktor suruh tidur di wad," ujarnya.

Untuk rekod, Zizi mendirikan rumah tangga dengan Yusuf pada 19 September tahun lalu di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain