suria

Haneesya Hanee selesa bertudung, lelaki tak asyik pandang badan

Haneesya selesa bertudung sepanjang Ramadan.

TAMPIL dengan imej bertudung dan menutup aurat sepanjang bulan Ramadan, pelakon Haneesya Hanee mengakui dirinya berasa lebih selesa dan tenang.

Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 21, berkata, tidak banyak mata yang tertumpu ke arah bentuk badannnya seperti selalu.

Dia juga mengharapkan doa-doa peminat agar hatinya segara terbuka untuk terus kekal dengan imej sebegitu.

“Setiap kali bulan Ramadan saya akan bertudung bagi menghormati bulan yang mulia ini. Saya rasa lebih tenang dan selesa apabila dapat menutup dengan sempurna kerana tidaklah orang asyik pandang badan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering dapat komen negatif, Haneesya Hanee tak sangka foto bertudung terima pujian - “Dah lama ada niat untuk berhijab cuma...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak jahil sampai tahap macam tu lagi” - Haneesya Hanee kesal pemilik produk kongsi imej seksi nampak paha

“Sebagai seorang wanita Islam semestinya semua ada niat untuk pakai tudung suatu hari nanti. Saya mohon peminat untuk doakan agar saya segara terbuka hati ke arah itu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Haneesya selesa bertudung di bulan Ramadan.

Haneesya manis bertudung.

Bagaimanapun, Haneesya berkata, dia bersedia dikecam apabila kembali kepada imej tanpa hijab.

Menurut Haneesya, dia sudah biasa dengan kecaman dan peminat yang sentiasa mengikuti perkembangannya pasti faham tentang perubahan tersebut.

Apa lagi saya boleh buat jika kena kecam? Jadi biarkanlah

HANEESYA HANEE

PELAKON

“Saya sudah lali dikecam dan menjadi kebal dengan kritikan. Jika ada yang kecam maksudnya mereka bukanlah peminat sebenar kerana tidak tahu saya akan sentiasa bertudung sepanjang Ramadan.

“Apa lagi saya boleh buat jika kena kecam? Jadi biarkanlah,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang aktiviti seni sepanjang bulan Ramadan ini, Haneesya tidak berpeluang untuk berehat panjang kerana sibuk dengan penggambaran.

haneesya hanee 2

Haneesya sedia terima kecaman.

“Saya hanya sempat berehat seminggu awal Ramadan. Selepas itu kembali sibuk di lokasi penggambaran.

“Memang tahun ini meriah dengan bazar, tetapi saya masih belum berani untuk ke tempat yang ramai orang kerana bimbang terkena jangkitan Covid-19 dan akan menyusahkan produksi,” jelasnya.

Haneesya bakal tampil dalam dua drama berjudul Tari Andi dan Normi Kemball.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain