PENYANYI Aina Abdul menjelaskan harga tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 Live yang dikatakan terlalu mahal adalah berbaloi dengan persembahan yang bakal dilakukan pada malam tersebut. Menjanjikan satu persembahan hebat, Aina berkata, dia sudah melakukan persiapan secukupnya bagi memastikan penonton berpuas hati. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Siti Nurhaliza tak mahu menjerit, nyanyi lagu ‘Semalam’ ikut kemampuan... Paling penting relaks dan sedap didengar ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul tak kecil hati bakat seni lambat dihargai - “Alhamdulillah perjalanan sekarang lebih mudah” “Saya menjanjikan persembahan terbaik. Siapa yang menonton showcase 1.0 sebelum ini pasti tahu saya tidak main-main dalam mengadakan persembahan. Saya berikan 300 peratus. “Saya memahami situasi peminat yang meluahkan kerisauan, tetapi saya harap semua dapat memahami situasi saya,” ujarnya kepada mStar. Penyanyi lagu Sumpah ini berkata demikian bagi mengulas kritikan segelintir netizen yang mempertikaikan harga tiket yang dianggap terlalu mahal. Rata-ratanya mempertikaikan kredibiliti Aina dengan membandingkan harga tiket penyanyi lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Yuna. “Lagu dah banyak macam Datuk Siti ke sampai letak harga tiket begitu. Saya memahami situasi peminat yang meluahkan kerisauan, tetapi saya harap semua dapat memahami situasi saya AINA ABDUL PENYANYI “Aina Abdul siapa kamu? Tiket Yuna di Istana Budaya lebih murah. “Teknik vokal yang dimiliki Aina adalah luar biasa, jadi berbaloi untuk harga yang begitu. “Orang bising-bising pasal tiket Aina Abdul mahal. Dia buat konsert dekat Istana Budaya tanpa sebarang sponsor sudah tentu mahal. Kau tak mampu beli, kau bukan target dia lah,” komen netizen. Netizen tidak puas hati harga tiket konsert Aina. Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 Live bakal berlangsung di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun nanti. Tiket dijual pada harga antara antara RM109 (102 tempat duduk) hingga RM1199 (21 tempat duduk). Sementara itu, menurut Aina dia mengambil risiko membelanja wang poket sendiri bagi menjayakan konsert tersebut. “Sebagai seorang penyanyi yang menguruskan karier seni sendiri, menjadi impian besar saya untuk mengadakan konsert di lokasi berprestij seperti Istana Budaya dan apabila ia menjadi kenyataan, saya tidak menoleh ke belakang. “Risiko yang sama Aina ambil ketika menggunakan duit poket sendiri untuk menerbitkan Sumpah dan Alhamdulillah, Allah permudahkan,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI