suria

Keluarga lancar tabung bantuan, biaya kos guaman Yasin Sulaiman

Yasin ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja.

KELUARGA Yasin Sulaiman melancarkan sebuah tabung bagi mengutip sumbangan ramai yang bertujuan membiayai kos guaman penyanyi berkenaan.

Abangnya, Mohamed Zain berkata, pihak keluarga akan menutup tabung tersebut sekiranya sumbangan yang diterima sudah mencukupi.

“Wang boleh disalurkan ke akaun saya iaitu Mohamed Zain Sulaiman dengan akaun nombor 1140 1360 0100 78 (RHB).

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Yasin pegang kertas putih, bersuara dalam kandang OKT... Risau jadi ‘crack’ dan gila

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak tunggu Yasin balik, tahu apa yang terjadi... Peguam minta elak komen tak wajar

“Semua sumbangan yang diterima akan digunakan untuk membiayai kos guaman Yasin Sulaiman.

“Apabila sumbangan yang diterima mencukupi pihak keluarga akan memaklumkan dan menutup tabung.

“Pihak berkeluarga berterima kasih di atas sokong dan bantuan yang diberikan dalam menghadapi ujian ini.

“Semoga sokongan dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran Allah,” ujar Zain.

Semua sumbangan yang diterima akan digunakan untuk membiayai kos guaman Yasin Sulaiman

ZAIN SULAIMAN

Perkara tersebut dikongsi dan tular di laman sosial dengan tanda pagar ‘solidarity for Yasin Sulaiman’.

Yasin kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara.

IMG_2964

Zain (kiri) mohon bantuan bantu Yasin.

Penyanyi lagu Mimpi Laila itu ditahan polis kerana disyaki memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Mahkamah menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain