suria

[VIDEO] Bapa Sharifah Zarina meninggal dunia, rebah ketika solat di masjid

Sharifah berkongsi berita sedih kematian bapa.

PENYANYI Sharifah Zarina berkongsi khabar duka bapanya Wan Hasan Syed Jamil Alqadiri Aijilani menghembuskan nafas terakhir pada Khamis.

Sharifah berkata, bapanya yang menetap di Kuching, Sarawak meninggal dunia selepas rebah ketika ingin menunaikan solat Isyak di masjid.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Sheera Iskandar meninggal dunia, terkilan tak dapat ziarah kerana banjir

Penyanyi lagu Langit Ke Tujuh itu berkongsi perkara tersebut di media sosial dan memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

“Saya baru sahaja dapat berita ayahanda saya, Wan Hasan Syed Jamil Aldadiri Aijalani telah kembali ke rahmahtullah.

“Bapa saya berada di masjid untuk menunaikan solat Isyak dan Terawih, arwah rebah ketika solat sunat.

“Mohon doa untuk ayah saya,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain