suria

Wak Doyok tak beminat tonton drama ‘Megah Holding’, lebih suka bawa watak orang susah

Wak mahu beri fokus kepada peniagaan.

PERALIHAN ke fasa endamik Covid-19 dimanfaatkan sebaik mungkin oleh usahawan dan pelakon Wak Doyok untuk memberi perhatian kepada perniagaannya yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Disebabkan itu, Wak atau nama sebenarnya Mohd Azhar Azhar Md Nor, 42, terpaksa melupakan seketika minatnya terhadap dunia lakonan.

“Sejak dua tahun lalu, perniagaan terjejas akibat pandemik Covid-19 dan saya akui memang memang mengalami waktu yang sukar. Sekarang ini adalah masa untuk saya bangunkan semula perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pucat muka Wak Doyok disuruh gulung sushi, takut jadi macam tempe!

ARTIKEL BERKAITAN: Musim raya bakal tiba, Wak Doyok risau designer muncul idea pelik buat baju Melayu selit elemen perempuan!

“Ada terima tawaran berlakon dan ia membuatkan saya dalam dilema. Buat masa sekarang rasanya biarlah fokus dahulu kepada perniagaan dan jika ada masa lapang saya akan terima mana-mana tawaran,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Wak menafikan dakwaan menjadi anak emas kepada Datuk Yusof Haslam selepas muncul dalam filem Abang Long Fadil 2 dan turut menerima tawaran lain dari produksi milik penerbit itu.

Bercakap tentang dunia lakonan juga, kata Wak dia lebih suka menerima tawaran cerita yang dekat dengan masyarakat.

Sebab itu kalau boleh saya mahu watak tentang kehidupan sebenar seperti seorang yang hidup susah

WAK DOYOK

PELAKON/USAHAWAN

“Jika ada yang anggap saya anak emas Datuk Yusof... terpulanglah. Itu semua adalah rezeki apabila ditawarkan berlakon dari produksi sama.

“Saya sebenarnya kurang suka menonton drama tentang dunia perniagaan dan korporat (atau selalu disebut drama Megah Holding) seperti yang banyak ditayangkan sekarang ini. Sebab itu kalau boleh saya mahu watak tentang kehidupan sebenar seperti seorang yang hidup susah.

“Saya juga lebih berminat untuk menjadi hos rancangan travel log kerana di situlah saya boleh berjumpa dengan ramai orang dan mendalami cara hidup mereka,” ujarnya.

Berkongsi tentang dunia perniagaan pula, Wak menzahirkan rasa syukur apabila sekarang ini orang ramai sudah boleh keluar untuk membeli-belah termasuk melakukan persiapan raya.

wak doyok 2

Wak memilih watak yang dekat dengan masyarakat.

Selain sibuk dengan perniagaan koleksi baju Melayu bersama Starvilion, Wak juga aktif melakukan kerja-kerja kebajikan sepanjang Ramadan ini.

“Orang sudah boleh keluar untuk membeli persiapan raya tahun ini. Suasana lebih meriah dan sebagai peniaga saya bersyukur kerana ini adalah satu peluang yang baik.

“Persiapan raya saya sendiri banyak diuruskan oleh ibu kerana saya sibuk dengan jadual kerja selain aktiviti kebajikan.

“Memang sudah jadi kebiasaan saya akan berikan wang kepada ibu untuk dia beli apa sahaja keperluan menyambut raya,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain