PENYANYI Wani Syaz mengakui ada ketika dia berasa kecil hati apabila peminat sering membandingkan perjalanan kerjayanya dengan Wany Hasrita. Walaupun kerjaya seninya bermula lebih awal, Wani atau nama sebenarnya Nursyazwani Selamat, 25, akur jika rakan yang berada di bawah satu pengurusan itu lebih menyerlah. “Memanglah ada sedikit rasa kecil hati apabila orang membandingkan perjalanan kerjaya saya dengan Wany dan itu membuatkan saya sentiasa berfikir untuk keluar dengan lagu terbaik supaya peminat boleh nampak diri saya. ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Wani Syaz ‘bergelek’ tarian padang pasir pula dalam MV Habibi - “Selagi ia tidak nampak berlebihan saya ikut saja” “Jika orang terus nak bandingkan kami berdua, saya tidak boleh berbuat apa. Kami berbeza dan dia ada cara nyanyian tersendiri. Mungkin luck saya belum sampai lagi untuk lebih dikenali,” katanya kepada mStar. Bagaimanapun, kata Wani kemunculan lagu duet bersama membuatkan peminat mula sedar perbezaan antara mereka. Wani dan Wany (Hasrita) pernah muncul dengan lagu duet berjudul Sinar Terindah yang dilancarkan pada tahun 2019 dan terbaharu menerusi lagu Sang Purnama. Kami berbeza dan dia ada cara nyanyian tersendiri. Mungkin luck saya belum sampai lagi untuk lebih dikenali WANI SYAZ PENYANYI Selain itu, penyanyi lagu Pendusta Cinta yang dulu hanya dikenali sebagai Wani menukar nama pentasnya kepada Wani Syaz pada 2018 juga membantu dirinya dikenali. “Selepas rebrand semula nama sendiri, barulah orang mula nampak dan kenal siapa saya. “Menerusi lagu duet juga, peminat dapat membezakan antara kami berdua. Bagaimanapun sehingga hari ini masih ada yang keliru lagi,” ujarnya. Bercerita tentang perjalanan kerjaya seni, Wani sedar tidak selamanya dia akan bertahan dalam bidang ini. Wani lebih fokus kepada perniagaan. Justeru itu, dia kini lebih memberi fokus kepada perniagaan restoran miliknya di Batu Pahat, Johor. “Saya tahu kerjaya nyanyian ini tidak akan bertahan selamanya. Disebabkan itu saya lebih fokus kepada perniagaan demi masa depan sendiri. “Saya juga tidak tinggal di Kuala Lumpur kerana di sini tidak ada target yang tetap. Tawaran menyanyi juga hanya ada sesekali sahaja. “Bagaimanapun saya tidak mahu terus berhenti menyanyi. Mungkin akan tampil dengan satu lagu baharu setahun,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI