suria

Gara-gara menangis sebelum cuci mekap, sebulan Ajoi Zainal derita jangkitan kuman pada mata

Mata kiri Ajoi dijangkiti kuman sehingga terpaksa lakukan pembedahan untuk buang ketumbuhan.

GARA-GARA menangis ketika mekap masih di wajah, peserta program Big Stage 2022 iaitu Ajoi Zainal mengalami jangkitan kuman di bahagian mata kirinya.

Keadaan mata semakin pulih, Ajoi atau nama sebenarnya Muhammad Qaidzul Zainal Abidin berkata ketumbuhan di matanya mula timbul selepas tersingkir di program realiti tersebut sebulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajoi Zainal terkejut nama diumum tersingkir, banyak lagi nak tunjuk di final Big Stage

Menurut penyanyi berusia 24 tahun ini, doktor memaklumkannya jangkitan itu berpunca daripada alat solek yang dipakainya.

Ajoi 1

Ajoi berkongsi perkara itu Instastory miliknya.

"Alhamdulillah... keadaan mata saya dah beransur pulih. Jangkitan kuman di mata itu bermula selepas saya tersingkir dari Big Stage. Sebelum ini, saya tak pernah kena pun.

"Doktor kata mungkin salah satu sebabnya kerja saya melibatkan banyak chemical seperti solekan. Kemudian mungkin berpunca sebab saya banyak menangis masa solekan ada kat muka.

"Bermula dari itu, biji dalam mata tumbuh sikit-sikit sehingga menjadi besar," kata Ajoi kepada mStar.

Sebelum ini, penyanyi lagu Tak Perlu Ungkapkan itu memuat naik foto memperlihatkan mata kirinya dalam keadaan bengkak di Instastory miliknya.

Kemudian mungkin berpunca sebab saya banyak menangis masa solekan ada kat muka.

AJOI ZAINAL

PENYANYI

Menerusi kapsyen di perkongsian itu, Ajoi memohon maaf kerana sejak akhir-akhir ini dia menyepi dari media sosial disebabkan masalah jangkitan itu.

Dalam pada itu, Ajoi memberitahu dia sudah melakukan pembedahan membuang ketumbuhan yang berada di bahagian bawah mata namun jangkitan itu merebak ke kelopak mata.

"Saya sudah buat pembedahan buang ketumbuhan yang berada di bawah mata tapi selepas itu, jangkitan itu jadi kat atas kelopak mata pula.

Ajoi 2

Ajoi alami jangkitan di mata sejak tersingkir dari Big Stage 2022.

"Tapi kata doktor, itu normal. Bila dah pernah terkena jangkitan pada mata, lagi senang trigger lagi walaupun saya dah jaga betul-betul.

"Jadi, pengajarannya janganlah menangis teruk masa ada make up di muka. Cucilah betul-betul. Paling penting, jangan lupa cuci make up.

"Sekarang ini, saya jaga makan dan pastikan tak garu di kawasan jangkitan. Cara nak cepat kecut selain ubat doktor bagi, tuam di tempat terkena jangkitan dengan air panas atau suam," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain