suria

[VIDEO] Baby Shima kecewa lagu-lagu raya baharu merepek, tak sedap didengar

Shima terbuka beri pendapat sendiri.

PENYANYI Baby Shima kesal dengan kemunculan lagu-lagu raya baharu yang dianggap merepek dan mengarut.

Menurut Shima, dia tidak menyebut mana-mana pihak, namun mengakui ia pendapat umum sebagai seorang yang mengikuti industri muzik Malaysia.

Mengulas tentang hal tersebut, kata Shima, dia sekadar meluahkan pendapat sebagai salah seorang yang turut berada dalam industri seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu terima gambar lucah, Baby Shima pernah terfikir untuk tutup sosial media

ARTIKEL BERKAITAN: Seram! Penonton nampak kelibat misteri dalam MV Baby Shima, ada kru diganggu sampai terpaksa panggil ustaz

"Saya tidak menyebut nama dan jika ada yang beranggap saya bercakap tentang individu tertentu terpulanglah.

"Apa yang saya katakan hanya pendapat peribadi sendiri. Tak salah rasanya untuk berkongsi kerana saya juga adalah pendengar yang mengikuti perkembangan lagu-lagu baharu," katanya kepada mStar.

Menerusi video yang dikongsi itu, Shima berkata, lagu-lagu raya yang baharu dilancarkan kebanyakannya mengarut dan tidak sedap didengar.

"Mengarut, merepek lagu raya sekarang ni, dengan pondan-pondannya, dengan mekap tiga kilogram, baju buruk dan ada pula gatal-gatal kat dalam lagu raya... Apa benda tu?" ujarnya di Instagram.

Namun, segelinitir netizen beranggapan penyanyi itu Pura-Pura Bujang itu sengaja membuat content media sosial kerana mahu mempromosikan lagu rayanya berjudul Pulang.

Tak salah rasanya untuk berkongsi kerana saya juga adalah pendengar yang mengikuti perkembangan lagu-lagu baharu

BABY SHIMA

PENYANYI

Shima berkata, dia tidak perlu melakukan perkara sebegitu semata-mata untuk meraih perhatian kerana sepanjang berada dalam industri seni, dia sudah ada kelompok peminat yang sentiasa memberi sokongan.

"Sebelum ini pun sudah banyak orang cakap saya suka cipta kontroversi. Tiada niat pun berbuat demikian kerana apa yang telah berlaku sebelum ini di luar jangkaan.

"Jika ada yang mengatakan saya sengaja buat content... biarkanlah. Namun apa yang boleh saya kata, lagu baharu saya boleh diterima baik oleh telinga pendengar," jelasnya.

baby shima 2

Shima bukan sengaja cipta content promosi lagu baharu.

Sementara itu bercakap tentang sambutan Hari Raya Ailfitri tahun ini, Shima akan pulang beraya bersama keluarga di Johor.

Walaupun cuti hanya beberapa hari sahaja, Shima akan menggunakan tempoh tersebut dengan baik untuk menziarahi saudara-mara di sana.

"Dah dua tahun kita tidak beraya, jadi tahun inilah peluang untuk saya berjumpa saudara-mara di Johor dan ada juga yang berada di Singapura.

"Tak berani lagi nak rancang jadual perjalanan raya nanti kerana akan ada sahaja idea baharu muncul bila berkumpul dengan keluarga," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain