MEMANDANGKAN umat Islam bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli sudah bersiap sedia menyediakan duit raya untuk diberikan kepada orang ramai. Kata Iqbal, 27, duit raya itu bukan sahaja untuk keluarga, malah sesiapa sahaja yang menegurnya ketika bertemu di luar. ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal Zulkefli dah jangka Qush tak lama jadi PA, nasihat Vida berhenti buat ‘drama’ Menurut Iqbal, dia memperuntukkan sebanyak RM100,000 duit raya tahun ini. Selain itu, yang banyak itu bergantung pada hati saya. IQBAL ZULKEFLI USAHAWAN "Saya memang sediakan betul-betul duit raya RM100,000 memandangkan masyarakat sudah kenal saya. Tahun lalu, biasanya saya sediakan RM20,000 sahaja untuk keluarga dan orang terdekat. "Paling kurang saya bagi RM5 dan RM10 untuk orang yang bertegur-tegur atau RM50 dan RM100 kepada orang tua-tua serta orang fakir miskin. "Kepada keluarga, ada yang RM200 hingga RM500. Selain itu, yang banyak itu bergantung pada hati saya. Tetapi saya tidak akan bagi melalui transfer (pemindahan),” katanya. Usahawan yang juga bekas peserta program Big Stage 2022 itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya pada Sabtu. Iqbal kongsi perkara itu di Instagram. Dalam pada itu, Iqbal turut memberitahu dia berasa sedih jika ada individu hanya ingin berjumpa dengannya semata-mata mahukan duit raya. "Jangan pula mahu berjumpa dengan saya hanya kerana mahu duit raya, sedih saya. “Siapa yang kecam hari itu duduk diam-diam ya,” ujarnya. Untuk rekod, Iqbal mula dikenali semenjak kontroversi hubungan cintanya dengan usahawan komestik Datuk Seri Vida dan kemudian tampil dengan single pertama berjudul Hujan pada November tahun lalu. Apa saja yang dilakukan usahawan berusia 27 tahun itu pasti menjadi perhatian netizen terutama penyertaannya dalam program realiti Big Stage pada Februari lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI