suria

13 tahun bercinta, Shiha Zikir belum tahu bila akan berkahwin

Shiha tak nak pening kepala soal kahwin.

USIA sudah memasuki 35 tahun, penyanyi Shiha Zikir mengakui sering ditanya oleh ibunya tentang kahwin.

Lebih-lebih lagi, dia dan kekasihnya yang dikenali sebagai Arul sudah menjalinkan hubungan cinta selama lebih 13 tahun.

Bagaimanapun Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir tetap tenang dengan pertanyaan tersebut kerana mempercayai takdir yang tertulis untuknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir hanya sempat tidur dua jam sehari, terlalu penat kerja hingga kesihatan terjejas

Malah penyanyi lagu AEOW itu enggan memberikan tekanan kepada dirinya dan menganggap waktu sekarang merupakan rezeki untuk dia menjaga ibunya.

Shiha sibuk bekerja sehingga kesihatan terjejas.

Shiha enggan beri tekanan pada dirinya.

"Fasal kahwin ni... memang ikutkan ibu saya pun dah bertanya dan kami pun dah lama (bercinta). Insya-Allah saya pun dah 35 tahun kan. Kalau ditakdirkan tahun ini, maknanya tahun ini la.

"Saya percaya 1000 peratus dengan apa yang Allah dah ditetapkan. Kawan-kawan saya ada yang call menangis-nangis beritahu mereka jadi stress sebab katanya tak ada orang nak.

"Tapi saya nasihat jangan risau, sebab semua Allah dah tetapkan. Macam saya pun tak berikan tekanan pada diri sendiri walaupun ramai yang bertanya. Saya anggap sekarang ini rezeki untuk saya jaga ibu," katanya kepada mStar.

Saya percaya 1000 peratus dengan apa yang Allah dah tetapkan.

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

Sebelum ini, Shiha yang juga seorang pelakon pernah memberitahu dia bersyukur mempunyai teman lelaki yang sangat memahami dan tidak pernah berasa cemburu dengan mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya.

Dalam pada itu, Shiha juga kini sibuk dalam menguruskan perniagaan kosmetiknya iaitu Xmetic.

Bercakap soal perniagaan, Shiha yang baru mulakan perniagaan tersebut ingin memberi peluang kepada orang yang kehilangan sumber pendapatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Shiha 2

Shiha ceburi bidang perniagaan kosmetik.

"Ikutkan saya mula bisnes kosmetik ini sejak Mac lalu. Bukan nak cakap tak fokus lagi waktu tu tapi masa permulaan tapi waktu itu saya perlu masa untuk betul-betul fokus.

"Bagi saya, kita mula dengan bagi peluang pekerjaan kepada orang yang kehilangan sumber pendapatan memandangkan ketika itu masih PKP. Saya nak sama-sama cari rezeki.

"Saya bincang dengan team pemasaran, apa kata kita buat dahulu tapi kita lancarkan bila saya betul-betul dah bersedia. Jadi, bisnes ini bermula dari Mac lalu tapi secara perlahan-lahan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain