suria

Joey Daud bincang dengan isteri sebelum terima ‘job’, elak tanggungjawab sebagai ketua keluarga terabai

Watie juga banyak membantu menguruskan jadual kerja Joey.

SIBUK dengan jadual kerja sebagai anak seni, pelakon Joey Daud ada cara tersendiri bagi memastikan tugas sebagai seorang suami dan juga ketua keluarga tidak terabai.

Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 49, berkata, dia dan isteri iaitu pelakon Watie Sadali akan duduk berbincang dan menyusun jadual kerja mereka dengan baik.

“Saya tidak akan terima sebarang tawaran kerja dengan sesuka hati. Sebagai ketua keluarga saya harus bijak untuk imbangkan antara kerja dan juga tugas di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Lukisan dapat perkenan Sultan Johor, Joey Daud macam tak percaya dititah lukis 15 mural di Muar

ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah pandemik... Joey Daud syukur rezeki mencurah-curah sampai hujung tahun, kawan-kawan lama tak muncul pun kini dapat ‘job’

“Jadi sebelum menerima tawaran atau keluar berkerja, saya akan duduk brainstorming dahulu dengan isteri. Kami akan bincang untuk sesuatu kerja itu berapa lama akan keluar rumah dan susun jadual dengan baik.

“Syukur saya dikurniakan isteri yang sangat memahami dan tahu menjaga rumah tangga. Saya juga ada pembantu peribadi yang akan ikut ke mana-mana jika bekerja. Kalau nak uruskan semuanya sendiri, memang tidak akan jadi,” katanya kepada mStar.

Joey dan Watie mendirikan rumah tangga pada Disember 2011 dan ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka.

Kalau nak uruskan semuanya sendiri, memang tidak akan jadi

JOEY DAUD

PELAKON

Kedua-duanya mempunyai seorang anak hasil dari perkahwinan terdahulu.

Sementara itu, Joey juga bersyukur apabila terus diberi kepercayaan untuk terlibat dalam penggambaran dan juga persembahan pentas meskipun usia semakin meningkat.

Meskipun banyak menerima tawaran, Joey tidak pernah memilih dan meletakkan harga tinggi dalam dunia lakonan.

“Saya masih terima tawaran berlakon seperti biasa. Rasa bersyukur kerana merasa diri ini dihargai apabila orang nampak bakat saya dan mahu saya terus berlakon.

joey 11

Joey dan Watie bersama anak mereka.

“Walaupun banyak terima tawaran tidak bermakna saya boleh naikkan harga. Dalam dunia seni ini perlu mudahkan kerja semua orang dan perlu ada win win situation.

“Kenapa saya nak perlu demand harga kalau produksi sendiri tahu menilai bakat dan saya dapat apa yang sepatutnya,” jelasnya.

Joey ditemui ketika sidang media filem Jango yang turut membariskan pelakon lain seperti Khir Rahman, Zha Yaodong dan Chris Tong.

Jango adalah filem terbitan produksi usaha sama antara Zebra Studio Sdn Bhd dari Malaysia dan Times Multimedia Innovation dari Hong Kong.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain