suria

Degupan jantung bayi terhenti, Elvina Mohamad alami keguguran pada usia kandungan cecah 3 bulan

Elvina keguguran pada usia kandungan tiga bulan.

KHABAR duka daripada pelakon Datin Elvina Mohamad yang memaklumkan dirinya mengalami keguguran pada usia kandungan memasuki tiga bulan.

Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 27, memberitahu dia sedar jantung bayi dalam kandungannya berhenti selepas melakukan pemeriksaan doktor sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

"Kami dapat tahu degupan jantung baby telah terhenti seminggu sebelum raya dan kata doktor biasanya akan keluar sendiri secara semula jadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Elvina Mohamad berang foto dengan anak jadi bahan ‘pelaris’ - “Dah minta padam tapi dia degil, siap mengaku kawan!”

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat terlalu imaginasi dikejar zombi, gusi Elvina Mohamad berdarah terlanggar kamera ketika penggambaran

"Namun semalam, mula terasa sakit dan saya terus ke hospital. Doktor akan melakukan prosedur untuk membersihkan rahim pada hari ini (Selasa)," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Elvina turut meluahkan perasaan sedih kerana terlalu berharap akan memperoleh anak kedua memandangkan anak pertamanya, Karl Mateen sudah berusia tiga tahun.

Bagaimanapun, pelakon drama Seadanya Aku ini reda dengan apa yang berlaku.

Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah

DATIN ELVINA MOHAMAD

PELAKON

"Ketika awal tahu tentang degupan jantung bayi telah terhenti memang rasa down sebab memang saya merancang untuk hamil tahun ini.

"Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah," jelasnya.

Sementara itu, suami Elvina iaitu Datuk Mohd Haniff Borhan memberitahu keguguran berlaku bukan disebabkan aktres itu terlalu aktif bekerja.

Haniff menganggap tiada rezeki buat mereka untuk memiliki cahaya mata kedua dalam masa terdekat.

elvina 2

Elvina bersama suami dan anak sulung mereka.

"Doktor maklumkan punca keguguran bukan sebab aktif bergerak atau bekerja kerana rahim isteri sangat kuat dan disebabkan itu kandungan tidak keluar secara semula jadi.

"Seperti kata orang mengikut perspektif Islam, mungkin anak ini tidak mahu dilahirkan ke dunia. Jadi ia bukan rezeki kami," ujarnya.

Untuk rekod Elvina dan Haniff mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Karl Mateen, 3.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain