MEMULAKAN kerjaya seni sebagai seorang penyanyi dan kemudian bergiat aktif berlakon, Shiha Zikir mendedahkan dia pernah menerima teguran daripada seorang pelakon senior yang meragui bakatnya di hadapan kamera. Cerita Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 35, dia terkejut apabila ditegur di hadapan orang ramai namun ketika itu dia memahami situasi dirinya sebagai seorang pendatang baharu. ARTIKEL BERKAITAN: 13 tahun bercinta, Shiha Zikir belum tahu bila akan berkahwin ARTIKEL BERKAITAN: Gabung api dan silap mata atas pentas AJL36, persembahan Shiha Zikir, Noki dituduh angkat unsur syirik! "Memang terkejut dan malu apabila dia ‘sound’ saya depan orang ramai. Bagaimanapun saya hanya berdiam sahaja kerana faham itulah perasaan seseorang apabila melihat budak baharu. "Kalau ikutkan diri saya yang sepuluh tahun dahulu memang seorang panas baran dan mungkin boleh menjawab ketika itu, namun saya belajar untuk lebih tenang. "Sebenarnya itu adalah persepsi dia sahaja. Kalau kita tidak layan, ia tidak akan jadi lebih teruk. Akhirnya kami menjadi rapat di lokasi penggambaran," katanya kepada mStar. Shiha ditemui semasa sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Ada Apa Dengan Saka untuk siaran slot Diandra di TV9 yang turut menampilkan pelakon Syazwan Zulkifly. Shiha tidak mahu ambil serius kata-kata yang mempertikaikan penglibatannya dalam pelbagai bidang seni. Melihat kepada perkembangan kerjaya seninya sejak menyertai program Mentor 5, Shiha merupakan antara selebriti yang berani mencuba pelbagai bidang termasuk lakonan, pengacaraan dan terbaharu sebagai penyampai radio. Bersedia meneroka semua bidang seni, Shiha bagaimanapun berkata dia masih lagi selektif memilih tawaran dan tidak menerima sesuatu tugasan yang dianggap sukar. "Apa pun tawaran yang datang saya akan pilih dahulu. Saya tidak akan terima jika rasa tidak selesa atau kurang yakin untuk memberikan yang terbaik. Kalau ikutkan diri saya yang sepuluh tahun dahulu memang seorang panas baran dan mungkin boleh menjawab ketika itu SHIHA ZIKIR PENYANYI/PELAKON "Contohnya seperti tawaran berlakon... saya akan tanya dahulu watak dan jalan cerita. Kalau ada yang tak boleh buat memang saya akan tolak kerana setiap kerja saya mahu lakukan sehabis baik," katanya. Bercakap mengenai drama Ada Apa Dengan Saka, Shiha berkata dia tidak menyangka watak diberikan memerlukan dirinya menjadi seorang yang serius meskipun jalan cerita berbentuk komedi. Gandingan Shiha dan Syazwan dalam drama Ada Apa Dengan Saka. "Berhari-hari saya hafal skrip dan faham ia sebuah drama komedi. Jadi rasanya memang tidak ada masalah untuk berlakon kerana saya juga seorang yang kelakar dan boleh jadi diri sendiri. "Bagaimanapun apabila hari pertama penggambaran, pengarah beritahu watak saya adalah seorang yang serius dan babak komedi pula dibawakan oleh pelakon yang lain. "Itulah antara cabaran sepanjang penggambaran kerana saya perlu ubah karakter pada hari pertama di lokasi," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI