suria

Pengarah bengang pengurus artis tamak ambil ‘job’, cadang stesen TV pangkah pelakon dan ‘manager’ bermasalah

Eyra harap stesen TV berhenti ambil artis yang mempunyai pengurus.

PENGARAH Eyra Rahman berang dengan segelintir pengurus kepada selebriti yang bersikap tamak dengan mengambil banyak ‘job’ dalam satu masa sehingga menyusahkan pihak produksi.

Eyra atau nama sebenarnya Nor Zahirah Abdul Rahman menerusi laman Instagram miliknya berkata tindakan pihak tersebut juga telah menjejaskan sumber pendapatan pekerja di belakang tabir.

"Zaman sekarang lock artis awal ke dah tak ada maknanya. Lagi-lagi artis yang dibawah naungan ada pengurus. Sebab dia kaut saja semua job akhirnya yang pening balik tu orang produksi.

"Tak kisah kau nak pulun berapa job sekali pun tapi kau kena ingat bukan mulut kau saja nak makan. Orang belakang tabir ini lagi memerlukan.

Eyra Rahman

Perkongsian Eyra di Instagranm.

"Jadi jangan fikir kau punya periuk saja. Fikir periuk lain lagi. Hidup ini bukan sebab hidup kau saja. Kalau tak tahu nak menyenangkan orang, kau jangan menyusahkan orang," katanya.

Luahan Eyra itu turut mendapat sokongan rakan pengarah dan penerbit serta selebriti seperti Datuk Fizz Fairuz, Fezrul Khan dan Datuk Ayu Puteh.

Dalam pada itu, pengarah berusia 40 tahun ini juga memberi cadangan kepada stesen TV agar tidak mengambil mana-mana selebriti yang diuruskan oleh pengurus kerana beranggapan mereka memberi masalah.

Malah, pengarah filem M4M4 ini juga menganggap sesetengah selebriti popular tidak menjaminkan produk yang bagus.

Artis popular pun belum tentu menjamin produk yang bagus!

EYRA RAHMAN

PENGARAH

"Saya rasa benda ini stesen TV patut tahu yang mana artis dibawah naungan pengurus ini akan bagi masalah. Bukan semua tapi ada banyak menyusahkan orang belakang tabir!

"Artis popular pun belum tentu menjamin produk yang bagus! I bet this! Semua dengan izin Allah," tegasnya.

Sementara itu, pengarah telefilem Angah ini masih berpegang kepada pesanan ibunya yang mengingatkannya agar sentiasa belajar untuk tidak menyusahkan kehidupan orang lain.

Eyra Rahman

Eyra puji lakonan MK dan Nora Danish dalam telefilem 7 Minggu Sebelum Kahwin.

"’Hidup kalau tak tahu atau tak reti senangkan orang tolong belajar untuk tak menyusahkan orang lain’. Benda ni mak aku pesan selalu kat aku.

"Tolong hentikanlah ambil artis bawah naungan pengurus-pengurus yang tak bertanggungjawab ni semua. Artis popular tak menjamin produk yang bagus.

"Sebab setiap karya tu semua dengan izin Allah, bukan kita manusia yang tentukan!" ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain