suria

Tumpang gembira ramai kawan dah kahwin, Sufian Suhaimi mula buka hati cari calon isteri

Sufian tidak terlalu fokus fikir soal jodoh.

MELIHAT semakin ramai rakan selebriti sudah berumah tangga, penyanyi Sufian Suhaimi menganggap setiap individu dikurniakan rezeki yang berbeza.

Menurut penyanyi berusia 30 tahun itu, dia tumpang gembira melihat rezeki rakannya seperti penyanyi Haqiem Rusli bertemu jodoh pada usia yang muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Berdepan masalah peribadi, Sufian Suhaimi lalui fasa mental breakdown... Akui kerap mimpi pelik-pelik

"Tuhan itu sangat adil dan Dia pastikan akan memberikan rezeki yang seimbang buat hamba-Nya. Ada orang dikurniakan rezeki bertemu jodoh awal, ada orang dikurniakan rezeki kerjaya, kawan-kawan dan keluarga yang baik.

sufian suhaimi 3

Sufian gembira melihat rakan seperjuangan sudah berkahwin.

"Saya tumpang gembira melihat seorang demi seorang sahabat seindustri telah bertemu jodoh dan menamatkan zaman bujang.

"Itu rezeki mereka, saya percaya setiap daripada kita ada rezeki tersendiri yang Tuhan telah tetapkan," kata Sufian kepada mStar.

Tiada sebarang kriteria mahupun cerewet dalam mencari wanita idaman, Sufian mengakui terbuka untuk mengenali mana-mana wanita yang hadir selepas ini.

"Saya tidak pernah meletakkan sebarang ciri-ciri khas tentang calon isteri tetapi sebaik-baiknya biarlah elok budi pekerti.

Ada orang dikurniakan rezeki bertemu jodoh awal, ada orang dikurniakan rezeki kerjaya, kawan-kawan dan keluarga yang baik.

SUFIAN SUHAIMI

PENYANYI

"Buat masa ini, saya hanya ingin fokus dengan karier sebagai penyanyi dan mengembangkan lagi bisnes," ujarnya.

Berkongsi mengenai bidang perniagaan, impak Covid-19 menyebabkan Sufian lebih berhati-hati dalam menyusun strategi baik dalam karier nyanyian mahupun dunia perniagaan.

Penyanyi lagu Terakhir ini juga bersyukur perancangan untuk melabur dalam perniagaan produk dikenali sebagai Zikir Pillow by Baby Pian juga dipermudahkan.

Dia juga bersyukur perniagaan yang diusahakan sejak dua tahun lalu memberi manfaat kepada orang lain melalui peluang pekerjaan.

Sufian Suhaimi

Sufian bersyukur perniagaanya membuka peluang kepada orang lain.

"Saya bersyukur perniagaan ini membuka peluang kepada orang lain dalam meneruskan kelangsungan hidup. Saya sama sekali tidak menyangka apa yang diusahakan ini dipermudahkan dan membantu banyak pihak.

"Bantal audio yang saya usahakan ini mengandungi zikir-zikir, selawat acapella dan surah-surah pilihan serta yang terbaru adalah surah Yassin.

"Saya ingin melihat kanak-kanak membesar dengan surah Yassin kerana ketika saya kecil dahulu, rutin mingguan membaca Yassin sehingga secara langsung boleh menghafalnya.

"Oleh itu, saya mahukan perkara yang sama untuk orang lain. Alhamdulillah perniagaan yang diusahakan selama dua tahun ini semakin berkembang baik," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain