suria

Neelofa seorang anak luar biasa, jarang tunjuk air mata… Ibu dedah tiga sikap ‘Love’ yang ramai tak tahu

Neelofa sentiasa meminta doa daripada ibunya, Noor Kartini.

MENGANGGAP Neelofa seorang anak yang sangat istimewa, ibu kepada selebriti itu iaitu Datin Noor Kartini mendedahkan tiga sikap membuatkan pengacara itu berjaya dari segi kehidupan dan kerjaya.

Bukan sahaja sentiasa mengutamakan keluarga, Kartini atau nama sebenarnya Noor Kartini Noor Mohammed memberitahu Neelofa juga sentiasa berusaha untuk memajukan diri sama ada secara peribadi atau luaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa ingat rutin berpantang macam pergi spa boleh mengurut dan bersauna... Baru sedar kena berkurung dalam rumah

"Lofa ini kalau mama boleh gambarkan dia sangat istimewa. Tiga sikap buat dia berjaya, dia sangat jaga ibu bapa, khidmat dia pada mama... dia percaya reda ibu bapa.

Ibu Neelofa

Antara perkongsian Kartini di Instastory.

"Dari dulu Lofa ada sikap mahu majukan diri sama ada secara peribadi atau luaran. Lofa memang sentiasa mahu improve, dia memang yakin apa pun terjadi sebab itu walau apa ujian kita nampak dia tenang.

"Bila dia berjaya, dia selalu ingat dari mana dia mula dan macam mana dia mula. Lofa juga tak akan lupa adik-beradik lain untuk naik sama-sama tak pernah berkira," kata Kartini.

Kartini yang juga seorang usahawan itu berkongsi mengenai keperibadian anak kesayangannya itu menerusi laman Instastory miliknya.

Neelofa merupakan anak ketiga daripada sembilan orang adik-beradik termasuk lima berlainan bapa.

Dalam pada itu, usahawan berusia 55 tahun ini juga berkata Neelofa akan sentiasa meghubunginya untuk memohon doa biarpun ketika berada di luar negara atas urusan kerja.

Setiap apa dia buat mesti akan tanya mama walau dah besar.

NOOR KARTINI

IBU NEELOFA

"Lofa kalau dia kat luar negara ada event ke apa-apa walau berbeza masa dia mesti akan contact mama minta doa. Jadi, mama malam selalu akan terus mengaji dan doa untuk Lofa.

"Macam dulu masa dia pengacara MeleTOP nak masuk set pun dia akan beritahu mama. Setiap kali habis saja program, masuk kereta benda pertama dia akan buat adalah call tanya mama feedback.

"Setiap apa dia buat mesti akan tanya mama walau dah besar. Ada sekali itu mama tegur sesuatu. Dia jawab ‘okay ma love akan ubah’," ujarnya

Bukan mudah berada di tempat Neelofa, Kartini bersyukur Allah menghadiahkan anaknya dengan rumah tangga bahagia selain seorang suami yang baik iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail.

Bagaimanapun Kartini turut menjelaskan kasih sayangnya bukan hanya untuk Neelofa sahaja malah anak-anak lain juga sama.

Neelofa

Neelofa bersama suami, PU Riz dan anak mereka, Muhammad Bilal.

"Bagi mama, anak yang bernama Lofa ini sangat luar biasa. Kekuatan dia, kegigihan dia, pengorbanan dia... air mata dia jarang orang nampak.

"Kita semua boleh tengok jihad dia melawan diri dia sendiri ketika di puncak. Dia berhijrah dan mengaji agama dari mula, panggil ustaz, tak pernah berhenti upgrade diri.

"Mama tahu setiap satu yang Lofa lakukan hari ini tak mudah untuk Lofa. Tapi Allah hadiahkan Lofa rumah tangga yang bahagia, suami yang baik bukti kekuasaan Allah asbab kebaikan yang Lofa buat selama ini.

"Mama cuma nak Lofa selalu kuat untuk mama. Mama akan terus berjuang bersama Lofa dan anak-anak lain. Mama bukan sayang dia seorang, semua anak-anak mama, mama sayang. Cuma mungkin sebab Lofa paling orang kenal," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain