suria

Selalu ‘overthinking’ Syafiq Kyle takut tonton lakonan sendiri jika watak tidak menjadi

Salah satu karakter yang dimainkan dalam Seribu Nina.

MENGAKUI dirinya seorang yang terlalu berfikir tentang hasil kerja, pelakon Syafiq Kyle adakalanya berasa takut untuk melihat lakonan sendiri dan menerima pandangan orang.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, dia mahukan setiap watak yang dilakonannya betul-betul berjaya dan boleh dibanggakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa sudah putus dengan Mimi Lana, Syafiq Kyle tak nak buang masa layan gosip cinta

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle mula ‘bosan’ dengan Mimi Lana - “Kenapa perlu bercinta lagi dalam set drama?”

“Saya ada perasaan overthinking yang tinggi dan tidak akan menonton lakonan sendiri jika saya rasa ia tidak menjadi. Sebab itu saya memilih watak yang dirasakan betul-betul boleh berjaya.

“Dalam zaman teknologi sekarang ini, peminat boleh menonton setiap lakonan kita berulang kali walau dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Justeru saya mahukan satu hasil yang berkualiti dan boleh membanggakan diri sendiri,” katanya kepada mStar.

Bagi memastikan dia boleh mendalami setiap watak dalam lakonan, Syafiq tidak pernah penat untuk menimba ilmu menerusi kelas lakonan bersama pengajar yang berpengalaman.

Syafiq pilih watak yang beri kepuasan dan membanggakan.

Syafiq pilih watak yang beri kepuasan.

Bukan hanya mendapat ilmu lakonan, Syafiq juga memberitahu menerusi kelas sebegitu dia dapat membantu orang sekeliling untuk menyelesaikan masalah selain meningkatkan keyakinan diri.

“Saya tidak pernah melihat sertai kelas lakonan sebagai satu usaha yang besar. Ia sebenarnya adalah cara sendiri untuk saya mengurangkan masalah ketika di set penggambaran.

“Ada produksi yang menyediakan tenaga pengajar untuk sesebuah projek. Namun jika tidak saya akan cari sendiri supaya saya dapat mendalami sesebuah watak dengan lebih baik lagi.

Saya juga dapat belajar untuk mengenali seseorang menerusi pemerhatian dan secara tidak langsung boleh membantu menyelesaikan masalah orang lain

SYAFIQ KYLE

PELAKON

“Selain ilmu berlakon, kelas sebegini membantu untuk saya meningkatkan keyakinan diri. Saya juga dapat belajar mengenali seseorang menerusi pemerhatian dan secara tidak langsung boleh membantu menyelesaikan masalah orang lain,” ujarnya.

Syafiq ditemui ketika sidang media pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Seribu Nina di Kuala Lumpur pada Selasa.

Bercakap tentang drama arahan Umi Salwana Omar ini, kata Syafiq ia adalah sebuah karya yang boleh dibanggakan dan tidak pernah malu untuk mempromosikannya.

syafiq kyle 3

Bergandingan dengan Marsha Milan dan Adriana Adnan dalam Seribu Nina.

Menerusi drama tayangan di aplikasi Viu ini, Syafiq memainkan empat watak berbeza dan ternyata ia memberi satu kepuasan dalam kerjaya seninya.

“Dalam setiap drama saya hanya akan memfokuskan kepada hasil lakonan sendiri sama ada ia terbaik atau tidak. Dalam projek kali ini saya boleh katakan tidak malu untuk mempromosikannya.

“Bila lagi saya nak terlibat dalam drama sebegini? Selalunya orang hanya melihat satu watak sahaja dalam sebuah drama, tetapi kali ini saya boleh tunjukkan bakat menerusi empat watak berbeza,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain