GARA-GARA memuat naik mesej peribadi (DM) luahan perasaan seorang wanita di Instagram, pelakon Hafreez Adam ditegur individu berkenan kerana tidak menutup wajahnya pada posting berkenaan. Menganggap ia satu isu yang kecil, Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk memalukan individu itu di laman sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Hafreez Adam tambah pendapatan jual lukisan masa PKP... paling mahal berharga RM600 - “Enam tahun saya tinggalkan bidang ini” Katanya, apa yang dilakukan itu (memuat naik luahan perasaan wanita) hanyalah mengikut trend semasa di aplikasi Tiktok. "Benda ni perkara kecil sahaja. Pertama kali seperti saya cakap, post saya fasal reply saya pada trend TikTok itu sekadar gurauan. "Macam, orang dah beriya luah perasaan dekat ‘mat’ ni. Sekali dapat respons ‘sorry, awak salah orang, nama saya bukan mat’, di mana saya anggap ia lucu. Individu tersebut memuat naik perkongsian itu di Twitter. "Sebab orang mesti macam, ‘ala dia ni, potong betul lah’. Itu saja. Tak ada niat pun nak malukan orang yang DM tu. Sebab saya kalau saya nak lakukan itu, saya tidak akan tutup nama dia," jelas Hafreez. Pelakon drama siri Gantung The Series itu tampil menjelaskan perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya selepas menerima kecaman netizen. Sebelum ini, aktor berusia 32 tahun itu berkongsi paparan skrin mesej seorang wanita yang meluahkan perasaan suka terhadapnya yang menjadi trending di aplikasi TikTok. Menerusi perkongsian itu, Hafreez hanya bertindak menutup nama wanita tersebut namun gambar profile jelas kelihatan sehingga menimbulkan salah faham. Tak ada niat pun nak malukan orang yang DM tu. HAFREEZ ADAM PELAKON Mengakui kesilapan terlepas pandang mengenai gambar profile itu, Hafreez terus memohon maaf secara terbuka selepas menerima teguran daripada individu tersebut. "Bodoh saya bila terlepas pandang fasal DP (gambar profile) dia. Lupa nak tutup tu sekali. Ya, itu silap saya dan bila tuan punya badan tegur, saya cepat cepat minta maaf. "Secara umum juga dan saya dah buang gambar itu dari feed, walaupun dia cakap tak payah pun. Saya buang juga sebab memang dari awal tak ada niat nak malukan dia. Isu tu dah selesai. "Saya dengan tuan punya badan berbalas-balas sahaja DM. Saya yang cadangkan dia but trend baru #tiktoktrendgonewrong tu. Sebab itulah sebenarnya idea pun, ia sepatutnya menjadi kelakar," ujarnya. Individu tersebut juga kecam tindakan Afifah meninggal komen di perkongsian itu. Dalam pada itu, Hafreez turut mengakui dia berasa ralat apabila rakannya, aktres Afifah Nasir yang meninggalkan komen mempersoalkan tentang perkongsiannya itu turut dikecam netizen. "Cuma saya rasa ralat sangat sekarang ni, sebab tiba-tiba terkait rakan saya yang hanya bertanya soalan, sebab dia betul-betul clueless. Dalam circle kita orang, saya bukan orang pertama post DM trend itu dekat sosial media. "Jadi, dia dah nampak benda tu banyak kali, tapi bijak kawan-kawan kami yang lain cover nama dan DP penghantar tu sekali bila post dekat feed/story mereka. "Saya yang bodoh ni, cover nama penghantar, tapi lupa cover DP dia. Jadi, bila rakan saya bertanya dekat ruang komen itu, dia hanya bertanya kerana ingin tahu. Sebab dia ingat orang tu orang yang sama dan send pada ramai orang benda tu, tanpa tahu ia hanya trend. "Sebab dia memang tak main TikTok pun. Jadi, saya mohon mulai sekarang tolong berhenti kecam dia. Saya yang post gurauan itu. Dia bertanya tapi dia pula kena kecam," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI