PENYANYI dan komposer Yasin Sulaiman yang kini ditahan di penjara Sungai Buloh berharap kerajaan akan mengeluarkan kanabis daripada senarai narkotik sebagaimana yang dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Yasin yang ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Rabu berkata, penggunaan kanabis tidak wajar dilihat sebagai satu jenayah di negara ini. “Harap kerajaan Malaysia akan keluarkan kanabis daripada senarai narkotik sebagaimana yang dilakukan oleh WHO. ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq akhirnya bersemuka dengan Yasin, hadir beri sokongan di mahkamah ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman cipta lagu dalam penjara, luah perasaan minta dibebaskan “Saya rasa tak wajar kita terus menjenayahkan kanabis kerana kanabis adalah untuk tujuan rawatan dan perubatan, bukan dadah semata-mata,” katanya kepada mStar. Selain itu, ditanya tentang keadaan kesihatan dan penyakit bipolar yang dihidapinya, Yasin sambil tersenyum menjawab ringkas yang dia sihat dan baik-baik sahaja. “Saya sihat, Alhamdulillah. Semuanya bagus... rawatan dah dapat. Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong terutama Syed Saddiq, Wardina Safiyyah, kumpulan Brothers serta Nurul Izzah Anwar. Terima kasih semua,” ujarnya ringkas. Yasin ketika dibawa ke mahkamah pada Rabu. Sementara itu, peguam mewakili Yasin, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff berkata, anak guamnya memberitahu dia hanya mendapat rawatan biasa sahaja. Justeru, pihaknya membuat permohonan agar Yasin diberikan rawatan pakar kerana penyakit yang dihidapi Yasin bukanlah penyakit biasa. "Saya bercakap dengan Yasin, dia memberitahu dia hanya mendapat rawatan biasa dan kami meminta satu rawatan pakar. "Dalam permohonan tersebut kami merujuk kepada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Apa yang dihidapi oleh Yasin ini bukanlah sakit biasa. Saya rasa sangat wajar perubatan yang sebaiknya diberikan MOHD YUSMADI MOHD YUSUFF PEGUAM "Apa yang dihidapi oleh Yasin ini bukanlah sakit biasa. Saya rasa sangat wajar perubatan yang sebaiknya diberikan,” ujarnya. Terdahulu, Mahkamah Seksyen menetapkan 22 Jun ini bagi sebutan semula kes Yasin berhubung pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis (ganja). Hakim Jamaludin Mat menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan pihak pendakwaan masih belum memperolehi laporan kimia. Pada 31 Mac lalu Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok ganja). Yusmadi (bersongkok) yang mewakili Yasin. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu. Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan. Sementara itu di Mahkamah Majistret bagi pertuduhan mengedar dadah jenis sama, Majistret Zhafran Rahim Hamzah turut menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes. Mengikut pertuduhan, penyanyi Mimpi Laila itu didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram pada tempat, waktu dan tarikh sama. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI