suria

Izzrin Irfan berehat dari dunia seni angkara sihir, amal ayat suci al-Quran sebagai pelindung diri

Izzrin amalkan bacaan ayat suci al Quran bagi mengelak terkena sihir.

LAMA tidak dilihat muncul dalam mana-mana acara, penyanyi Izzrin Irfan mendedahkan dia terpaksa berehat lama selepas terkena 'buatan' orang sejak tahun lalu.

Menurut Izzrin atau nama sebenarnya Muhammad Izzrin Irfan, 21, perbuatan syirik yang ditujukan kepadanya itu membuatkan dia sentiasa putus asa dan takut dengan pandangan sekeliling.

"Apa yang telah berlaku memang mengganggu perjalanan kerjaya saya dan disebabkan itu saya terpaksa ambil masa untuk berehat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada orang samakan saya dengan Aiman Tino... Syed Saddiq pun ada!” - Instafamous Izzrin Irfan cuba nasib jadi penyanyi

"Saya menjadi seorang yang takut dengan penilaian sekeliling terhadap diri saya dan disebabkan itu juga sentiasa rasa down.

"Apabila mula sedar dengan perubahan pada diri sendiri, saya mendapatkan rawatan Islam dan dapat tahu ada yang menghantar sihir kepada saya," katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Aku Terima Nikahnya ini memberitahu keadaan dirinya kini semakin pulih selepas menerima rawatan.

Namun buat masa ini dia masih belum ada perancangan untuk melakukan kemunculan semula dengan lagu baharu.

Saya amalkan bacaan ayat suci al Quran sebagai pelindung selain sentiasa berbuat baik dengan orang lain

IZZRIN IRFAN

PENYANYI

Dalam pada itu, Izzrin berkata dia mengamalkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebagai pelindung diri kerana takut kehadirannya tidak disukai oleh orang lain dan gangguan itu berulang kembali.

"Tidaklah rasa takut untuk keluar, cuma rasa bimbang sahaja jika ada orang lain yang tidak suka melihat saya dan sekali lagi terkena sihir.

"Saya amalkan bacaan ayat suci al Quran sebagai pelindung selain sentiasa berbuat baik dengan orang lain.

"Buat masa sekarang belum ada perancangan untuk comeback dalam industri seni kerana masih menyusun perjalanan kerjaya," ujarnya.

izzrin irfan 1

Izzrin masih membuat perancangan untuk kemunculan semula.

Meskipun kerjaya seninya dilihat bergerak perlahan, Izzrin yang sebelum ini pernah menyertai program I Can See Your Voice ini percaya satu hari nanti bakatnya akan menyinar dan mendapat perhatian ramai.

"Banyak peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya saya dan saya sendiri tak boleh nak janjikan apa-apa buat mereka.

"Namun peganglah kata-kata saya bahawa satu hari nanti saya akan berada di atas," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain