suria

Kerjaya nyanyian lebih menyerlah selepas AJL36, Marsha Milan tertekan pilih lagu baharu

Marsha takut dengan harapan peminat untuk lagu baharu.

DI SEBALIK kejayaan meraih gelaran naib juara di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) baru-baru ini, penyanyi Marsha Milan berkata, ia memberi sedikit tekanan buatnya tentang jangkaan peminat terhadap lagu baharu yang bakal dilancarkan nanti.

Justeru kata Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 37, tidak mudah untuk dia mencari satu material yang betul-betul boleh memikat hati pendengar seperti lagu Cinta sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut pertama kali dapat perhatian luar biasa... Marsha Milan takut cepat 'expired’, jadi tak relevan selepas tiga bulan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dugaan lagu Cinta, Marsha Milan dedah demo pernah hilang sebelum rakaman... Minta tolong rakan gubah semula

“Saya sudah ada direction sendiri dalam muzik dan tidak mahu lari jauh dari lagu Cinta kerana itulah pilihan saya.

“Bukan hanya risau perlu mencapai aras pencapaian sendiri, namun saya juga takut dengan pandangan orang terhadap lagu yang bakal saya keluarkan nanti.

“Sebab itu saya agak memilih tak tidak ambil mudah dalam mencari material baharu. Saya kumpul dahulu beberapa buah lagu daripada beberapa orang komposer sebelum membuat pilihan,” katanya kepada mStar.

marsha milan 2

Marsha bersama Akim dan Stacy yang merupakan komposer serta penulis lirik Cinta semasa di AJL36.

Sementara itu Marsha juga melihat perjalanan kerjayanya kini semakin rancak dengan undangan nyanyian dan tawaran berlakon.

Bagaimanapun disebabkan tiada pengurus, Marsha menghadapi kesukaran untuk menyusun jadual kerja dan mengimbangi tanggungjawab peribadinya.

“Melihat perkembangan kerjaya semakin rancak selepas AJL36, saya mula rasakan satu peningkatan dalam diri. Ini membuktikan segala usaha keras saya selama ini berbaloi.

Bukan hanya risau perlu mencapai aras pencapaian sendiri, namun saya juga takut dengan pandangan orang terhadap lagu yang bakal saya keluarkan nanti

MARSHA MILAN

PENYANYI/PELAKON

“Cuma masalahnya adalah untuk menguruskan kerjaya termasuk mengimbangi kehidupan peribadi sebab semuanya saya lakukan sendiri.

“Suami saya ada berpesan supaya sentiasa menjaga waktu dan tahu untuk pulang ke rumah selepas bekerja,” jelasnya.

Untuk rekod Marsha mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015 di Georgetown, Pulau Pinang.

Sementara itu Marsha yang ditemui ketika sidang media drama Seribu Nina turut berkongsi perasaan teruja diberi kepercayaan melakonkan babak aksi dalam drama tersebut.

syafiq kyle 3

Bergandingan dengan Syafiq Kyle dan Adriana Adnan dalam Seribu Nina.

Dia juga berharap lakonannya kali ini dapat membuka mata banyak pihak untuk memberi tawaran watak sebegitu.

“Ketika mula membaca skrip drama ini saya pun ada rasa ragu dengan diri sendiri. Bagaimanapun saya amat gembira kerana produksi turut menyediakan kelas latihan supaya setiap pelakon boleh mendalami watak mereka.

“Saya juga mengambil inisiatif lebih untuk menjalani latihan sendiri dengan pelatih sama kerana merasakan tak boleh nak ‘tangkap’ sepenuhnya ketika sesi latihan yang disediakan.

“Saya harap drama ini menjadi platform supaya portfolio kerjaya menjadi lebih besar selepas ini. Semestinya saya mahu melakonkan watak aksi selepas ini,” ujarnya.

Drama yang disiarkan di aplikasi Viu ini turut menampilkan pelakon Adriana Adnan dan Syafiq Kyle.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain