suria

Meerqeen tolak gimik bodoh promosi drama, pura-pura bergaduh di set penggambaran nampak murah!

Meerqeen tidak mahu melakukan sesuatu gimik untuk promosi drama lakonannya.

TIDAK perlu gimik bodoh, pelakon Meerqeen berkata, dia mempunyai cara yang lebih baik dalam mempromosikan drama lakonannya supaya mendapat sambutan penonton.

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berkata, penonton sendiri sudah boleh menilai sesebuah karya tanpa perlu melakukan sebarang gimik.

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen jaga privasi keluarga, tak semua foto boleh kongsi untuk tatapan umum

Malah Meerqeen dan pelakon gandingannya, Anna Jobling mempunyai perancangan untuk menarik orang ramai menonton drama lakonan mereka berjudul Melur Untuk Firdaus.

MEERQEENMeerqeen bergandingan dengan Anna.

"Tak perlu gimik bodoh seperti gaduh dekat set la... kami tak perlu benda itu. Bagi saya, benda itu (gimik) terlalu murah sangat.

"Orang pun tak nak tengok benda itu... sebab mereka lebih nak tonton drama saja. Kalau buat gimik bodoh, akan naik dan turun cepat (populariti).

"Saya dan Anna ada strategi untuk buatkan drama lakonan kami ini meletup, dengan cara yang lebih baik berbanding buat gimik," katanya kepada mStar.

Meerqeen ditemui ketika sidang media secara maya drama lakonan terbarunya berjudul Melur Untuk Firdaus pada Rabu.

Saya selalu bersedia sekiranya saya perlu ubah imej demi sesuatu watak atau karekter.

MEERQEEN

PELAKON

Dalam pada itu, Meerqeen turut tampil menjelaskan mengenai status yang dikongsikan di Twitter mengatakan dia akan berimej botak buat selama-lamanya.

Kata peserta program Hero Remaja 2019/2020 ini, dia sentiasa bersedia untuk mengubah imejnya demi watak atau karekter yang diterima.

"Saya bukan la nak botak selama-lamanya. Tweet saya itu sekadar nak beritahu yang saya sudah bertukar imej. Mungkin selepas ini ada siri baharu pun imej botak juga.

MeerqeenStatus yang dimuat naik Meerqeen.

"Saya selalu bersedia sekiranya saya perlu ubah imej demi sesuatu watak atau karekter. Bagi saya, seni ini perlu ikhlas.

"Kalau perlu lakukan aksi lasak pun, saya nak buat sendiri. Kalau gemok, kurus, botak, berjambang atau apa saja pun boleh. Saya ikhlas nak beri apa saja industri nak.

"Bagi saya, ini adalah saya. Ikhlas dengan apa yang saya nak buat untuk naikkan karier. Saya akan buat apa saja untuk karier saya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain