suria

Amar Baharin bengang tak dibenarkan buat penggambaran di rumah sendiri, ramai cuba cari salah

Amar tegur sikap JMB yang sengaja cari masalah.

SUSULAN kes mahkamah melibatkan pengacara Awal Ashaari dengan pihak pengurusan rumahnya, pelakon Amar Baharin turut berkongsi masalah yang sama dengan pihak perumahannya.

Menurut Amar, pihak badan pengurusan atau joint managemnet body (JMB) di kawasan rumah miliknya yang terletak di Semenyih sengaja mencari masalah apabila dia tidak dibenarkan melakukan aktiviti penggambaran di premis sendiri.

Isu mula timbul apabila JMB sengaja membangkitkan isu kecil sedangkan Amar sendiri sudah mendapat kebenaran untuk mengadakan penggambaran dari pihak pengurusan rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari didakwa lakukan khianat, rosakkan palang pagar perumahan

ARTIKEL BERKAITAN: Amar Baharin diduga lagi, selepas Amyra Rosli sembuh daripada penyakit misteri, anak pula masuk hospital akibat demam panas

“Saya pemilik mutlak rumah itu namun tidak menetap sepenuhnya di situ disebabkan lebih banyak kerja di Kuala Lumpur dan menetap di rumah saya di sana.

“Sebagai pelakon saya sering menggunakan kediaman sendiri untuk penggambaran dan saya akur setiap aktiviti keluar masuk di rumah memerlukan kebenaran pihak pengurusan.

“Tetapi baru-baru ini saya didatangi oleh wakil dari JMB dan meminta bukti kebenaran penggambaran di rumah saya.

amar baharin 2

Amar berharap pihak JMB boleh memberi kerjasama baik.

“Wakil saya telah berhubung dengan pengurusan dan mengesahkan kebenaran tetapi JMB tidak berpuas hati dan cuba mencari salah saya,” katanya.

Dalam perkongsian yang dibuat itu, Amar turut mempersoalkan hal dirinya sebagai pemilik rumah berkenaan.

Dalam masa sama Amar tegas menyifatkan tindakan tersebut sebagai salah satu perbuatan gila kuasa pihak berkenaan.

JMB ini bila ada kuasa setahun dah lupa diri... Belum jadi wakil rakyat. Sampai mesyuarat agung tahunan pasti kena tukar

AMAR BAHARIN

PELAKON

“Apa guna saya sebagai pelakon membeli rumah di kawasan yang tidak dibenarkan untuk buat penggambaran sedangkan itu kerjaya saya dan saya beli rumah tersebut hasil titik peluh sendiri.

“JMB ini bila ada kuasa setahun dah lupa diri... Belum jadi wakil rakyat. Sampai mesyuarat agung tahunan pasti kena tukar,” ujarnya.

Sementara itu, suami kepada pelakon Amyra Rosli ini turut mengingatkan supaya sentiasa mengeratkan hubungan baik dalam kalangan jiran dan bukan hanya mencari masalah apabila diberi kuasa.

“Kita hidup berjiran, fikir macam mana hendak eratkan silaturrahim dan bukan bila ada kuasa di sesebuah kawasan hanya mahu cari salah orang lain.

awal 1

Awal ketika hadir ke mahkamah Selasa lalu.

“Sekarang ini saya rasa beli rumah tapi bukan sepenuhnya milik saya. Ramai nak ambil tahu fasal rumah saya, nasib baik tak ambil tahu hal dalam kain,” jelasnya.

Sebelum ini pelakon dan pengacara Awal Ashaari, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.

Awal membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah pada pagi Selasa.

Mengikut pertuduhan selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain