suria

Fasha Sandha izin suami lepak dengan kawan-kawan, akui lelaki juga perlukan ‘me-time’

Fasha anggap wanita zaman sekarang lebih kuat.

MAHU memberi inspirasi kepada wanita, pelakon Fasha Sandha berkata, dia seronok membawakan watak-watak yang menunjukkan kekuatan seorang perempuan.

Pelakon drama Dendam Seorang Isteriitu berkata, karakter Amira yang dibawakan itu dapat menjadi ikutan kepada wanita mengalami nasib sama yang ditindas kaum lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup tengok Fasha Sandha asyik kena pukul mak mentua, penonton tukar siaran gara-gara lakonan ‘over’ Ziema Din

"Saya suka drama yang memaparkan kekuatan seorang wanita sebab seperti yang kita tahu wanita sekarang tidak lagi ditindas... mereka lebih kuat berbanding dulu.

Fasha Sandha

Fasha bergandingan dengan Nad Zainal dalam Dendam Seorang Isteri.

"Sebab sekarang ramai wanita yang sudah berjaya dan mencari pendapatan sendiri, tak bergantung kepada lelaki. Kekuatan wanita tak boleh disangkal dah.

"Seperti drama Dendam Seorang Isteri yang kini menjadi ikutan. Mula-mula watak saya ditindas tapi dia bangkit dan mendapat kekuatan untuk balas dendam.

Bagi saya, tak salah untuk lelaki keluar dengan kawan-kawan.

FASHA SANDHA

PELAKON

"Banyak dah sekarang drama yang memaparkan kekuatan wanita. Dalam berkarya dapat juga beri inspirasi kepada wanita di luar sana," katanya kepada mStar.

Aktres berusia 38 tahun itu berkongsi mengenai perkara itu ketika sesi temu bual bersama mStar secara maya pada Khamis.

Selain Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, drama 80 episod itu turut dibintangi oleh Nad Zainal, Wan Raja dan Aidit Noh.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Aidil Aziz ini turut berkongsi pandangan mengenai masa dan ruang yang diperlukan setiap pasangan dalam rumah tangga.

"Bagi saya, tak salah untuk lelaki keluar dengan kawan-kawan. Sebab dalam perkahwinan ini, kita yang mencorakkannya. Sebagai wanita, kita kena sentiasa tenang.

"Kalau suami nak lepak dengan kawan-kawan atau main bola, biarkan mereka. Kita kena bagi ruang kepada pasangan kita untuk ada masa sendiri (me-time).

"Sama juga suami, kena beri juga masa dan ruang kepada isteri untuk me-time. Dalam perkahwinan ini kena give and take," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain