NAMA penyanyi Zazo Maulana bukan baru dalam industri seni kerana dia sudah mula tampil dengan single pertama berjudul Drama sekitar tahun 2015. Bagaimanapun perjalanan seni pemilik nama penuh Siti Zaleha Zolkeply, 32, ini agak hambar ketika awal kemunculan sehingga namanya kembali menjadi sebutan selepas bergelar juara program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) tahun lalu. Dia kemudian tampil dengan single berjudul Duhai Hati yang menjadi OST drama Kerana Aku Isteri Bidaan. ARTIKEL BERKAITAN: Syafeek Ikhwan mahu tunai nazar puasa 3 hari menang LCK3, terkenang dugaan terperangkap akibat banjir ARTIKEL BERKAITAN: Penonton dah bijak, Hisyam Hamid tak perlu buka baju untuk ‘belanja’ babak tak penting! Akui dia bukanlah seorang yang terlalu mengejar populariti, Zazo juga tahu akan susah senang yang bakal dia tempuh ketika mula nekad bergelar anak seni. “Secara jujurnya, saya bukan seorang yang terlalu mengejar populariti. Saya percaya pada rezeki dan lebih menghargai bakat. Kalau ramai orang kenal itu adalah satu rezeki dan saya amat hargai. “Selama dalam industri ini sudah banyak pengalaman yang saya lalui. Pernah juga tenggelam timbul. Tapi saya melihat ia sebagai satu perkembangan dalam kerjaya. Setiap orang ada jalan sendiri dan jangan pernah mengeluh. Zazo tidak mencari populariti dalam dunia seni. “Kalau terlalu popular susah juga kerana takut nanti setiap tindakan akan dikecam orang. Sebagai manusia biasa saya juga tidak boleh lari dari melakukan kesalah,” katanya kepada mStar. Pernah melalui pengalaman mahu berhenti menyanyi selepas ibunya meninggal dunia ketika berusia 13 tahun, Zazo bagaimanapun kembali bangkit dan meneruskan hasrat arwah ibu yang mahu dia berjaya dalam bidang ini. Selain itu, Zazo turut memberitahu dia kegagalan dalam dua hubungan cinta sebelum ini membuatkan dia lebih senang memberi fokus kepada kerjayanya. Kalau terlalu popular susah juga kerana takut nanti setiap tindakan akan dikecam orang ZAZO MAULANA PENYANYI “Sejak kecil saya sudah masuk pertandingan nyanyian. Jadi selepas ibu meninggal dunia saya rasa down dan beberapa tahun juga tidak mengikuti mana-mana pertandingan. “Kemudian saya bangkit semula dan bawa semangat ibu yang mahu melihat saya berjaya. Arwah ibulah orang yang banyak mendorong saya untuk terlibat dalam bidang ini. “Sebelum ini saya pernah dua kali putus tunang. Hubungan cinta dahulu juga antara punca saya tidak fokus kepada kerja kerana masalah cemburu dan tidak ada kepercayaan. Berpasangan dengan Syafeek Ikhwan dalam LCK3. “Sekarang ini saya lebih senang bergerak sendiri. Tidak ada siapa yang jadi penghalang. Walau tiada rezeki dalam hubungan cinta, Tuhan kurniakan saya kerjaya yang lebih baik,” ujarnya. Sementara itu, bercakap tentang sambutan menggalakkan terhadap lagu Duhai Hati, kata Zazo dia amat bersyukur akhirnya dapat tonjolkan kemantapan vokalnya yang sebenar. “Pertama kali mendengar lagu ini saya tahu ia boleh pergi jauh. Lagu inilah yang menonjolkan vokal saya. “Apabila ia dijadikan OST drama saya rasa amat terharu. Penerimaan pendengar di luar jangkaan saya. Akhirnya saya dapat membuktikan sesuatu kepada peminat,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI