suria

Kongsi gambar berbaju pengantin, Lia Natalia tiada niat buat kontroversi kahwin senyap-senyap

Lia selesa memberi fokus kepada kerjaya.

GARA-GARA memuat naik foto berpakaian pengantin bersama seorang lelaki, pelakon Lia Natalia disangka sudah mendirikan rumah tangga secara senyap-senyap.

Enggan menimbulkan sebarang spekulasi, Lia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden, 30, menjelaskan ia hanyalah satu babak dalam drama terbaharunya Biarkan Ia Pergi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak ada wanita yang nak jadi macam ni!” - Lia Natalia sebak kenang kisah kahwin tak jadi, terpaksa senyum dalam duka

ARTIKEL BERKAITAN: Macam dalam lagu... pelamin angan Lia Natalia musnah! - “Video pre-wedding, baju dan pelamin semua dah siap, tapi tak jadi kahwin!”

“Selepas saya muat naik gambar tersebut, memang ramai yang bertanya adakah benar saya sudah berkahwin. Tak kurang juga ada yang mendoakan agar saya segera dipertemukan jodoh kembali.

“Sebagai pelakon saya kongsi gambar tersebut untuk mempromosikan drama sendiri. Bukanlah sengaja nak buat kontroversi,” jelasnya kepada mStar.

Memang belum bersedia untuk berkahwin, tetapi jika satu hari jodoh sudah sampai saya akan terima

LIA NATALIA

PELAKON

Terdahulu, pelakon drama Cukup Derita Itu ini berkongsi foto berpakaian pengantin dengan menutup wajah pengantin lelaki di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, berkongsi perkembangan peribadi, Lia yang pernah melalui kegagalan dalam bercinta sebelum ini mengakui masih trauma untuk menerima kehadiran seorang lelaki sebagai teman istimewa dalam hidupnya.

Lia selesa memberi fokus kepada kerjaya.

Lia Natalia belum terbuka hati untuk berkahwin.

Bagaimanapun begitu, Lia berkata, dia terbuka untuk berkawan dengan mana-mana lelaki.

“Saya tidak ada masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun, namun kalau nak jadi kekasih saya agak berhati-hati. Masih ada rasa trauma disebabkan kisah yang pernah terjadi sebelum ini.

“Saya pun tidak fikir lagi soal bercinta. Memang belum bersedia untuk berkahwin, tetapi jika satu hari jodoh sudah sampai saya akan terima,” katanya.

Pada Januari tahun lalu, Lia melalui detik sukar apabila terpaksa membatalkan perkahwinan pada saat-saat akhir selepas hubungan itu diganggu orang ketiga.

Mengambil iktibar daripada kejadian itu, Lia juga tidak mahu terlalu berkongsi kisah cinta kerana bimbang perkara sama akan berulang kembali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain